Majalah Mastika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Mastika)
Jump to navigation Jump to search
Mastika
MajalahMastika.jpg
Sampel kulit majalah Mastika keluaran Jun 2007.
Penolong PengarangSahidan Jaafar[1]
KategoriKemasyarakatan[2]
KekerapanBulanan
Edaran852,000[2]
Isu pertama1 Jun 1941
SyarikatUtusan Karya Sdn Bhd.
NegaraMalaysia
Bertapak diBandar Baru Bangi, Selangor
BahasaBahasa Melayu

Majalah Mastika merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan sebuah majalah yang bercorak kisah misteri, seram, masyarakat, dan pengetahuan umum.

Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1941[2] dengan nombor ISSN 012-5598.[3] Di sepanjang penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh.

Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah ini mendapat sambutan masyarakat; sehingga tahun 2007 majalah ini telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut.[perlu rujukan] Setakat 2016, majalah Mastika memegang rekod sebagai majalah tertua dan tertinggi edarannya di Malaysia.[4] .

Pada sekitar penghujung 90-an sehingga tahun 2005,trend kisah mistik,pedoman dan seram menjadi isu hangat pada setiap edisi Mastika . Trend tersebut mula berubah pada tahun 2006 apabila Mastika mula menyiarkan isu masalah sosial seperti murtad,zina,black metal,gay dan lesbian..

Pada sekitar penghujung 90-an sehingga tahun 2005,trend kisah mistik,pedoman dan seram menjadi isu hangat pada setiap edisi Mastika . Trend tersebut mula berubah pada tahun 2006 apabila Mastika mula menyiarkan isu masalah sosial seperti murtad,zina,black metal,gay dan lesbian.

https://1.bp.blogspot.com/-ze5Cz2WFZI0/XcEisBuYEoI/AAAAAAAAGsA/FXtF_aZQnkUHhmdSTCWe-zvYJFuZeV-PwCLcBGAsYHQ/s1600/68476983_2338143816267785_6558118897227137024_n.jpg

Gambar diatas menunjukkan cover Mastika keluaran Jun 2000 yang dilukis oleh Kasbi Sarbini (Wak Kasbi)

Saiz[sunting | sunting sumber]

Majalah Mastika merupakan sebuah majalah padat berjilid dengan saiz 12.5 cm X 18.5 cm. Majalah Mastika keluaran Mei 1999 mempunyai jumlah halaman setebal 131 muka surat.

Penerbit[sunting | sunting sumber]

Majalah Mastika diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

Sidang redaksi[sunting | sunting sumber]

Pengarang

  • Zulkarnain Zakaria

Wartawan Eksekutif

  • Sahidan Jaafar

Wartawan

  • Desi Ernita Dahrin
  • Mohd. Ali Atan
  • Kairul Anwar Yusop
  • Aliaa Aaina Izyan Hasan
  • Mohd. Hafiz Mohamed Sakmi

Pembaca Pruf

  • Ketua: A. Latiff Yusoff

Reka Bentuk Cover

  • Kucai

Artis Grafik

  • Azman Taha (Jank)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Editor Majalah". Utusan Karya Sdn Bhd. 7 Januari 2010. Dicapai pada 10 Ogos 2011.
  2. ^ a b c "Profil Majalah". Utusan Karya Sdn Bhd. 7 Januari 2010. Dicapai pada 10 Ogos 2011.
  3. ^ Prof Madya Dr Khadijah Mohd Khambali @ Hambali. April 2009. Nabi Sendiri Mulakan Ilmu Perbandingan Agama. Mastika. Kuala Lumpur. hal. 80-82. (ISSN 012-5598)
  4. ^ BERNAMA (2 Ogos 2016). "Mastika kekal rekod majalah No. 1, paling tua di Malaysia". Utusan Online. Diarkib daripada yang asal pada 8 April 2018. Dicapai pada 8 April 2018. Parameter |dead-url= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)