Mauricio Ochmann

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mauricio Ochmann
Lahir 16 November 1977
Celaya, Guanajuato, Mexico
Tahun aktif 1993–kini
Kerjaya Pelakon
Laman web Mauricio Ochmann

Mauricio Ochmann Siordia dilahirkan di Celaya, Guanajuato, Mexico pada 16 November 1977. Beliau dikenali sebagai pelakon yang bergiat aktif dalam telefilem, teater dan drama.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kerjaya seni Mauricio Ochmann bermula ketika zaman kanak-kanak beliau lagi. Beliau yang membesar dalam keluarga berada tidak menjadikan ia sebagai masalah kepadanya untuk bergiat aktif dalam dunia lakonan. Sejak kecil, Ochmann sering menyertai pementasan teater dan hanya ketika berusia 16 tahun, beliau muncul di kaca televisyen buat pertama kali menerusi rancangan “La Otra Cosa” yang ditayangkan selama dua tahun.

Ketika berusia 19 tahun, Ochmann berpindah ke Los Angeles untuk menyambung pelajarannya di studio Joanne Baron, Santa Monica. Selepas tiga tahun mendalami bidang penyiaran, beliau kembali ke pentas lakonan menerusi watak sampingan sebagai budak penghantar surat dalam filem “Message in a Bottle” dan “Latino Green”.

Seterusnya, beliau memegang watak dalam telefilem “La Casa En La Playa” sebelum bertindak menyertai Azteca Televisyen untuk membintangi telefilem berjudul “Azul Tequila” bersama pelakon wanita terkenal, Barbara Mori. Ochmann sekali lagi mendapat tempat dalam telefilem berjudul “Equus” yang menjadikan beliau memenangi Anugerah Artis Baru Terbaik, Anugerah Pertubuhan Kebangsaan Pengkritik Teater.

Nama Ochmann terus mekar apabila membintangi “Como En El Cine” bersama Lorena Rojas. Gandingan mereka dalam telefilem itu mendapat pujian ramai. Ia bukan lagi dilihat sebagai telefilem, tetapi seolah-olah sebuah filem yang ditayangkan di pawagam. Ia merupakan satu kejayaan besar bagi sebuah telefilem.

Tawaran berlakon semakin hebat dan pada 2003, Ochmann membintangi filem “Ladie’s Night”. Setahun kemudian, filem “7 Mujeres, 1 Homosexual Y Carlos” pula mendapat sambutan. Ketika itu, kutipan filem ini mencecah As$300 000 atau RM1.05 juta, sekali gus menggemparkan penggiat seni dengan tercalonnya dalam senarai box office selama tiga hari berturut-turut. Pada tahun yang sama Ochmann memegang watak Benjamin Braddock dalam filem “The Graduate”, manakala pada 2005, beliau membintangi tiga filem dalam satu tahun. Filem terakhir lakonannya pada tahun itu ialah “Corazon Marchita” selain telenovela “Amarte Asi” yang disiarkan juga di TV3 (Malaysia). Pada tahun 2006, Ochmann yang sepatutnya membintangi telefilem berjudul “The Marine”, tetapi terpaksa menarik diri atas sebab-sebab kesihatan. Walau bagaimanapun, pihak media melaporkan sebab utama penarikan diri itu adalah disebabkan oleh masalah ketagihan dadah, namun kebenaran berita itu masih belum dipastikan kerana Ochmann bersikap mendiamkan diri dari mengeluarkan sebarang kenyataan.


Telenovela[sunting | sunting sumber]

  • Marina ( 2006 )
  • Amarte Asi ( 2005 )
  • Mirada De Mujer : El Regreso ( 2003 )
  • Lo Que Callamos Las Mujeres ( 2003 )
  • Como En El Cine ( 2001 )
  • Hablame De Amor ( 1999 )

Filem[sunting | sunting sumber]

  • Corazon Marchito ( 2005 )
  • Tres ( 2005 )
  • Ver Oir Y Callar ( 2005 )
  • The Graduate ( 2004 )
  • 7 Mujeres, 1 Homosexual Y Carlos ( 2004 )
  • Ladie’s Night ( 2003 )


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Metro Ahad ( 25 Februari 2007 )

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]