Medan elektromagnet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Templat:Keelektromagnetan Medan elektromagnet ialah suatu medan fizik yang dihasilkan oleh objek bercas elektrik. Ini menjejaskan kelakuan objek bercas dalam persekitaran medan tersebut. Medan elektromagnet menganjur tanpa terhingga melalui ruang dan memerihalkan saling tindak elektromagnet. Medan ini merupakan salah satu daripada empat daya asasi alam semula jadi (yang lain merupakan gravitasi, saling tindak lemah dan saling tindak kuat).

Medan ini boleh dilihat sebagai kombinasi medan elektrik dan medan magnet. Medan elektrik dihasilkan oleh cas pegun, dan medan magnet oleh cas bergerak (arus); kedua-dua ini kerap diperihalkan sebagai sumber medan elektromagnet. Cara cas dan arus bersaling tindak dengan medan elektromagnet diperihalkan oleh persamaan Maxwell dan hukum daya Lorentz.

Dari sudut pandangan klasik dalam sejarah keelektromagnetan, medan keelektromagnetan boleh dianggap sebagai medan licin berterusan, merambat seperti gelombang; sementara dari sudut pandangan teori medan kuantum, medan ini terlihat sebagai terkuantum, terdiri daripada zarah individual.[petikan diperlukan]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Maxwell, James Clerk (1865). "A dynamical theory of the electromagnetic field" (PDF). Philosophical Transactions of the Royal Society of London 155: ms. 499. doi:10.1098/rstl.1865.0008.(Rencana ini menemani suatu perbentangan 8 Disember 1864 oleh Maxwell kepada Persatuan Diraja.)
  • Griffiths, David J. (1999). Introduction to electrodynamics, Edisi Ketiga, ed. Prentice Hall, ms. 559–562.
  • Gabriela, Davina (2009). Manuskrip tidak terterbit. Epistemology: Foundations for Clinical Theories, Endnote 5; ms. 24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • On the Electrodynamics of Moving Bodies oleh Albert Einstein, 30 Jun 1905. (Inggeris)
  • Non-Ionizing Radiation, Part 1: Static and Extremely Low-Frequency (ELF) Electric and Magnetic Fields (2002) oleh IARC. (Inggeris)
  • Zhang J, Clement D, Taunton J (Januari 2000). "The efficacy of Farabloc, an electromagnetic shield, in attenuating delayed-onset muscle soreness". Clin J Sport Med. 10 (1): 15–21. PMID 10695845.Selenggaraan CS1: pelbagai nama: senarai pengarang (link)
  • National Institute for Occupational Safety and Health – EMF Topic Page (Inggeris)
  • Biological Effects of Power Frequency Electric and Magnetic Fields (Mei 1989) (melebihi 100 muka surat) (Inggeris)