Mehrgarh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Mehrgarh
Urdu: مہرگڑھ
Mehrgarh ruins.jpg
Tinggalan rumah di Mehrgarh
Mehrgarh yang terletak di Balochistan, Pakistan
Mehrgarh
Lokasi di Balochistan, Pakistan
Mehrgarh yang terletak di Pakistan
Mehrgarh
Mehrgarh (Pakistan)
Nama alternatifMehrgahr, Merhgarh, Merhgahr
LokasiDhadar, Balochistan, Pakistan
WilayahAsia Selatan
Koordinat29°23′N 67°37′E / 29.383°N 67.617°E / 29.383; 67.617Koordinat: 29°23′N 67°37′E / 29.383°N 67.617°E / 29.383; 67.617
History
DiasaskanKira-kira 7000 SM
DitinggalkanKira-kira 2600 SM
ZamanNeolitik
Site notes
Tarikh penggalian1974–1986, 1997–2000
Ahli arkeologiJean-François Jarrige, Catherine Jarrige
Digantikan oleh: Tamadun Lembah Indus

Mehrgarh (Balochi: مہرگڑھ; Urdu: مہرگڑھ‎) ialah sebuah tapak Neolitik (sekitar 7000 SM hingga 2500/2000 SM), yang terletak di Dataran Kacchi, Balochistan, Pakistan.[1] Mehrgarh terletak berdekatan Laluan Bolan, barat lembah Sungai Indus dan di antara bandar-bandar moden Quetta, Kalat dan Sibi. Tapak ini ditemui pada 1974 oleh kumpulan yang diketuai ahli-ahli arkeologi Perancis, Jean-François Jarrige dan Catherine Jarrige, dan digali secara berterusan dari 1974 hingga 1986, dan sekali lagi dari 1997 hingga 2000. Temuan-temuan arkeologi telah dijumpai di enam kawasan, dan kira-kira 32,000 buah artifak telah ditemui. Tapak terawal Mehrgarh — di hujung timur laut tapak, ialah sebuah tinggalan perkampungan pertanian yang ditarikh wujud antara 7000 SM ke 5500 SM.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Stone age man used dentist drill".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]