Menara Shanghai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Shanghai Tower
上海中心大厦
300pxpx
Shanghai Tower
Bangunan
Jenis Office, hotel, retail, entertainment, observation
Lokasi Shanghai, China
Pemilik Shanghai Tower Construction & Development Co., Ltd.
Pembinaan
Dimulakan 29 November 2008[1]
Kiraan tingkat 128
Kawasan tingkat 380,000 m2 (4,090,300 ka persegi) above grade
170,000 m2 (1,829,900 ka persegi) below grade[1]
Kos US$2.2 billion[2]
Pasukan reka bentuk
Arkitek Gensler, 2DEFINE
Jurutera struktur Thornton Tomasetti

Menara Shanghai merupakan pencakar langit teramat tinggi yang terletak di Lujiazui, Pudong, Shanghai. Direka oleh Gensler dan dimiliki oleh kerajaan bandar Shanghai, ianya juga merupakan pencakar langit yang tertinggi antara tiga sekumpulan pencakar langit sangat tinggi yang bersebelahan dengannya di Pudong, dua pencakar langit yang lain ialah Menara Jin Mao dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai. Pencakar langit ini berukuran 632 meter (2,073 kaki) tinggi dan mempunyai 120 tingkat, dengan jumlah keluasan kawasan 380,000 m2 (4.090.000 kaki persegi). Pembinaan bertingkat direka untuk kecekapan yang tinggi, menyediakan pelbagai zon berasingan bagi pejabat, kedai runcit dan kegunaan pelancongan. Bahagian luar Menara Shanghai telah disiapkan pada musim panas 2015.

Kerja-kerja pembinaan menara itu bermula pada November 2008 dan siap dibina pada 3 Ogos 2013. Menara Shanghai kini merupakan bangunan tertinggi di China dan kedua tertinggi di dunia, dikalahkan oleh Burj Khalifa di Dubai,UAE. Ia juga ialah struktur China tertinggi dalam apa jua bentuk, melebihi Menara Canton di Guangzhou dengan ketinggian 600 meter (1,969 kaki) yang siap dibina pada 2010. Setelah dijadual dibuka kepada orang ramai pada bulan Jun 2015, dek pemerhatian telah dibuka pada 1 Julai 2016. Ia terletak di tingkat 119 pada ketinggian 552 m. Bahagian-bahagian lain bangunan itu masih ditutup, serta dek pemerhatian yang tertinggi ialah di tingkat 121, pada 561 m (iaitu lebih tinggi daripada dek 555,70 m pemerhatian di Burj Khalifa).

Perancangan & Pembaiyaan[sunting | sunting sumber]

Perancangan model daerah kewangan Lujiazui bermula sejak 1993 telah merancang untuk membina sekumpulan tiga pencakar langit sangat tinggi bersebelahan. Pencakaran langit pertama antara mereka ialah Menara Jin Mao yang siap pada 1999 diikuti dengan Pusat Kewangan Dunia Shanghai yang dibuka pada 2008.

Menara Shanghai dimiliki oleh Yeti Construction and Development, sebuah konsortium syarikat-syarikat pembangunan milik China. Pembiayaan untuk pembinaan menara ini telah diperolehi daripada para pemegang saham, pinjaman bank dan kerajaan perbandaran Shanghai. Menara ini memakan kos pembinaan kira-kira AS $ 2.4 bilion.

Reka Bentuk[sunting | sunting sumber]

Menara Shanghai telah direka oleh firma arkitek dari Amerika bernama Gensler, bersama arkitek dari China Jun Xia mengetuai pasukan reka bentuk.

Menara ini dibentuk dengan sembilan bangunan silinder yang disusun di atas satu sama lain, berjumlah 121 tingkat. Semua tingkat ditutup oleh lapisan dalam kaca façade. Antara lapisan dalam dengan lapisan luar, lapisan dalam terdapat sembilan zon tertutup menyediakan ruang awam untuk pelawat. Setiap satu daripada sembilan kawasan mempunyai atrium sendiri serta mempunyai taman-taman kebun, kafe, restoran dan ruang untuk kedai runcit, serta memberikan pemandangan 360 darjah bandar.

Kedua-dua lapisan permukaan hadapan bangunan adalah lutsinar, bersama ruang kedai runcit dan acara disediakan di dasar menara ini. Lapisan luar bangunan yang lutsinar adalah ciri reka bentuk yang unik, kerana kebanyakan bangunan hanya mempunyai bahagian hadapan bangunan tunggal menggunakan kaca sangat reflektif untuk mengurangkan penyerapan haba, tetapi dua lapisan kaca Menara Shanghai dapat mengurangkan keperluan untuk memuat lapisan legap. Menara ini boleh menampung seramai 16,000 orang setiap hari.

Menara Shanghai menyertai Menara Jin Mao dan SWFC untuk membentuk sekumpulan pencakar langit ketinggian super bersebelahan pertama di dunia. Antara tingkat ke-84 hingga 110 ialah hotel dengan 258 bilik, yang akan dikendalikan oleh Hotel Antarabangsa Jin Jiang yang digelar J-Hotel Menara Shanghai, dan apabila masa siap dibina, ia akan menjadi hotel yang kedua tertinggi di dunia, selepas Hotel Ritz-Carlton di Hong Kong. Menara ini juga akan mempunyai muzium. Tingkat bawah tanah menara ini menyediakan tempat letak kereta yang mampu memuatkan 1,800 kenderaan.

Perancangan Tingkat[sunting | sunting sumber]

Tingkat Kegunaan
121-127 Ruang Mekanikal
120 Restoran
118-119 Dek Pemerhatian
116-117 Ruang Mekanikal
111-115 Tingkat Butik
110 Pusat Urusan VIP
105-109 Bilik Presidantial J-Hotel, Bilik Mewah
104 Restoran, Dewan, Bilik VIP
103 Restoran Bertema, Butik Wain Mewah, Dewan Bankuet
102 Kafeteria
101 Ruang Lobi J-Hotel, Bar
99-100 Ruang Mekanikal
86-99 Bilik Standard J-Hotel, Bilik Mewah
85 Spa, Pusat Kecergasan
84 Kolam Renang, Ruang Langit, Kebun Langit
82-83 Ruang Mekanikal
70-81 Tingkat
68-69 Lobi
66-67 Ruang Mekanikal
54-65 Tingkat
52-53 Lobi
50-51 Ruang Mekanikal
39-49 Tingkat
37-38 Lobi
35-36 Ruang mekanikal
24-34 Tingkat
22-23 Lobi
20-21 Ruang mekanikal
8-19 Tingkat
6-7 Ruang Mekanikal
5 Pusat Persidangan
4 Kedai & Restoran
3 Kedai & Restoran
2 Pusat Bilik Tarian Shanghai, Lobi Pejabat Butik, Kedai, Restoran
1 Pejabat Lobi, Lobi Hotel, Kedai, Restoran
B1 Jalan ke Pintu Masuk, Kedai, Restoran
B2 Pintu Masuk Stesen Bawah Tanah, Kedai, restoran
B3-B5 Tempat Parkir Kenderaan, Kawasan Pengendalian Kargo, Hotel Logistik, Ruang Mekanikal

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2008, persediaan pembinaan telah diadakan. Kerja galian tanah telah diadakan pada 29 November 2008 setelah projek menara itu berjaya melepasi ujian impak alam sekitar. Kontraktor utama pembinaan untuk projek ini ialah Pasukan Pembinaan Shanghai, ahli konsortium yang memiliki menara tersebut.

Proses bentuk-slip secara berulang-ulang telah digunakan untuk membina teras tingkat demi tingkat menara. Menjelang lewat April 2011, rangka keluli menara ini telah meningkat kepada tingkat ke-18, manakala teras konkrit telah mencapai tingkat ke-15 dan rangka tingkat telah siap hingga tingkat ke-4. Menjelang lewat Disember 2011, asas menara telah siap dibina dan rangka keluli telah mencapai tingkat ke-30. Menjelang awal Febuari 2012, teras konkrit menara ini telah meningkat kepada ketinggian 230 meter (750 kaki), dengan kira-kira lima puluh tingkat selesai dibina. Pada bulan-bulan pertama 2012, keretak mula muncul di jalan-jalan berhampiran tapak pembinaan menara ini. Menyebabkan menara ini telah dipersalahkan atas penenggelaman tanah, yang sebenarnya disebabkan oleh pengekstrakan air bawah tanah yang berlebihan di kawasan Shanghai, dan bukannya oleh berat Menara Shanghai.

Pada Mei 2012, teras menara itu telah berdiri setinggi 250 meter (820 kaki), manakala rangka tingkat dengan ketinggian 200 meter (660 kaki). Pada awal September 2012, teras telah mencapai ketinggian 338 meter (1,109 kaki). Menjelang akhir tahun 2012, menara telah mencapai tingkat ke-90, berdiri kira-kira 425 meter (1,394 kaki) tinggi. 11 April 2013, menara telah mencapai 108 tingkat, berdiri lebih 500 meter (1,600 kaki) tinggi dan melebihi ketinggian dua bangunan pencakar langit sangat tinggi jirannya, Menara Jin Mao dan Pusat Kewangan Dunia Shanghai.

Arkitek utama projek itu, Jun Xia, berkata, "Dengan menyiapkan Menara Shanghai, ketiga-tiga menara Lujiazui akan menjadi kekaguman yang mewakili masa silam, masa kini dan masa depan yang terbatas bagi China." Gu Jianping , pengurus Besar Syarikat Pembinaan Menara Shanghai, menyatakan hasrat firma "untuk menyediakan pejabat berkualiti tinggi dan ruang membeli-belah, dan juga menyumbang kepada kesempurnaan latar langit bandar dan fungsi keseluruhan rantau ini itu".

Pada bulan Januari 2014, struktur puncak menara itu telah ditanda ketinggian 600 meter (2,000 kaki), kerana pembinaannya memasuki fasa terakhir. struktur puncak menara ini Akhirnya bangunan selesai dibina pada Ogos 2014, dan bahagian hadapan yang telah disiapkan tidak lama kemudian. Pembinaan dalaman menara ini dan pemasangan elektrik itu telah siap pada akhir 2014, dan ia pada asalnya telah dibuka kepada orang ramai pada pertengahan tahun 2015. Walau bagaimanapun, atas sebab-sebab yang tidak didedahkan menara kekal belum dibuka pada awal tahun 2016.

  1. 1.0 1.1 "Shanghai Tower News Release" (PDF). Gensler. 2008-11-28. Dicapai pada 2008-11-28. 
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan reuters tidak disediakan