KL118

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Merdeka 118
Merdeka 118 taken from BBCC 20220305.jpg
Merdeka 118 pada Mac 2022
Nama lamaKL 118, Heritage of Independence, Menara Warisan Merdeka, PNB Headquarters, PNB 118, Merdeka PNB118, Merdeka Tower
Maklumat umum
StatusTop out
JenisKegunaan bercampur
LokasiKuala Lumpur, Malaysia
Pembinaan bermula2014
Disiapkan pada
2022
PemilikPermodalan Nasional Berhad
Maklumat ketinggian
Tinggi678.9 m (2,227 ka)
Menara antena144 m (472 ka)
Bumbung500 m (1,600 ka)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat
118
Keluasan tingkat
292,000 m2 (3,140,000 ka2)
Reka bentuk dan seni bina
ArkitekFender Katsalidis Architects
PemajuPNB Merdeka Ventures Sdn Bhd
Kontraktor utamaSamsung C&T
Kumpulan UEM

Merdeka 118, sebelumnya dikenali sebagai Warisan Merdeka, merupakan sebuah pencakar langit megatinggi dengan jumlah 118 tingkat setinggi 678.9 m (2,227 ka), yang kini dalam pembinaan di Kuala Lumpur, Malaysia. Pembinaan tersebut menelan belanja sebanyak RM5 bilion.[1] Apabila dijangka siap kelak pada 2022, ia akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia menggantikan Menara Berkembar Petronas, bangunan tertinggi di Asia Tenggara menggantikan Landmark 81 di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam dan juga akan mengambil alih tempat Menara Shanghai di Shanghai, China sebagai bangunan kedua tertinggi di dunia. Setakat ini, Merdeka 118 adalah bangunan tertinggi di dunia yang masih dalam kerja pembinaan. [2][3]Ia terdiri daripada 400,000 meter persegi ruang kediaman, hotel dan komersial.[4]

Tapak pembinaan KL118 pada 13 November 2016 dilihat dari utara.

Ia sedang dibina di dalam kawasan Plaza Rakyat, MBSKL, Stadium Merdeka dan Stadium Negara.[1] Projek itu akan dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).[5]

Kerja menanam cerucuk dan kerja pembinaan asas bagi projek itu, telah diberikan kepada Pintaras Geoteknik Sdn Bhd.[6][7]

Permodalan Nasional Bhd telah menyenarai pendek 6 kumpulan untuk pelbagai kerja pembinaan seperti UEM Group Bhd-Samsung, IJM Corp Bhd-Norwest Holdings Sdn Bhd- Shimizu Corp, Malaysian Resources Corp Bhd-China State Construction Engineering Corp, WCT Bhd-Arabtec Construction LLC, TSR Capital Bhd-Daewoo Group, and Seacera Group Bhd-Spaz Sdn Bhd-Sinohydro Corp-Shanghai Construction Group. Syarikat-syarikat ini mengemukakan tawaran kejuruteraan, pemerolehan dan pembinaan oleh 28 Januari 2014.[8][9]

Kritikan[sunting | sunting sumber]

Ramai yang mengkritik projek ini, dengan mengatakan bahawa ia adalah satu projek yang membazir dan dana RM5 bilion boleh digunakan untuk sebab-sebab lain seperti aspek kemiskinan, pendidikan dan jalan raya.[5]

Sebagai tindak balas kepada kritikan, Perdana Menteri berkata bahawa projek itu bukan merupakan satu pembaziran dan akan membawa lebih banyak faedah.[5]

Pada permulaannya dirancang untuk menjadi sedikit tinggi berbanding 509 m (1,670 ka), melepasi Taipei 101, tetapi akhirnya ketinggian cadangan Menara Warisan Merdeka telah disemak semula kepada 610 m (2,000 ka). Terdapat spekulasi bahawa hanya puncak menara itu dilanjutkan tanpa menambah jumlah lanjut aras kepada struktur 100 tingkat seperti yang dirancang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]