Mentega Terbang
Mentega Terbang | |
---|---|
Pengarah | Khairi Anwar |
Dihasilkan oleh | Tan Meng Kheng |
Syarikat penerbitan | Anomalist Production Meng Kheng Entertainment |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 104 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Mentega Terbang ialah sebuah filem indie terbitan Khairi Anwar. Filem ini pertama kali ditayangkan pada 28 November 2021 di Jogja-NETPAC Asian Film Festival 2021. Filem ini mengisahkan konflik keagamaan seorang remaja Islam, Aisyah, yang mendalami teologi agama-agama utama lain, terutamanya persoalan hidup selepas mati.[1]
Plot
Mentega Terbang mengisahkan kisah seorang remaja beragama Islam, Aisyah, dengan ibunya merupakan seorang penghidap kanser terminal, sementara bapanya merupakan liberal keagamaan, dan sering mempersoalkan soal hidup mati. Dalam filem ini, Aisyah mula mendalami aspek-aspek pelbagai agama seperti mendalami kitab-kitab suci, termasuk Al-Quran, Alkitab dan Veda. Setelah ibunya meninggal dunia, Aisyah ternampak seekor kupu-kupu menetap di atas pusara ibu, menyebabkan Aisyah kemudian mula tertarik kepada konsep reinkarnasi— lahir semula menjadi makhluk lain selepas kematian.
Respons
Filem ini menerima respons pelbagai; sebilangan pihak memuji tindakan berani filem dalam mengangkat topik kontroversi sebegini, dan dibandingkan dengan filem-filem serupa oleh Yasmin Ahmad.[2] Sementara itu, sebahagian rakyat Malaysia beragama Islam pula menentang topik dan penceritaan yang dibawa, terutamanya babak-babak Aisyah mempersoalkan hukum-hakam Islam, dan perwatakan liberal bapanya.[3]
Rujukan
- ^ "Jakim sah filem Mentega Terbang bertentangan akidah". Utusan Malaysia. 1 Mac 2023. Dicapai pada 2 Mac 2023.
- ^ Zaidi Mohamad (14 Disember 2021). "Bakal cetus kontroversi?". Dicapai pada 2 Mac 2023.
- ^ Nizam Zain (27 Februari 2023). "Haramkan filem Mentega Terbang, promosi pluralisme – Ibrahim Ali". Malaysia Gazette. Dicapai pada 2 Mac 2023.