Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke pandu arah Pergi ke carian
Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Penyandang
Masagos Zulkifli
sejak 24 April 2018
Ahli kepadaKabinet Singapura
Parlimen Singapura
Lapor kepadaPerdana Menteri
PelantikPerdana Menteri
Tempoh jawatanMengikut kehendak Perdana Menteri
Pemegang sulungAhmad Mattar (1977)
Pembentukan5 September 1977; 44 tahun yang lalu (1977-09-05)

Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam ialah jawatan dalam Kabinet Singapura yang menyelia dasar dan isu berkaitan masyarakat orang Islam di Singapura. Menteri penyandang terkini ialah Masagos Zulkifli, sejak 24 April 2018

Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA) terletak di bawah skop menteri ini. Pada tahun 1977, Dr. Ahmad Mattar dilantik sebagai Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam yang pertama. Sebelum itu, tidak wujud portfolio khusus yang menjadi rujukan bagi ehwal Masyarakat Islam dalam mana-mana tugas rasmi seseorang menteri.[1][2]

Sebelum Dr. Ahmad Mattar, beberapa menteri seperti Encik Othman Wok (Menteri bagi Hal Ehwal Sosial dan Sukan pada masa itu) atau Encik Abdul Rahim Ishak (Menteri Kanan Negeri bagi Hal Ehwal Luar Negeri pada masa itu) terlibat dalam pentadbiran hal ehwal masyarakat Islam.

Senarai penyandang[sunting | sunting sumber]

Menteri Mula menjawat Tamat menjawat
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam
Dr. Ahmad Mattar 5 September 1977 30 Jun 1993[3]
Abdullah Tarmugi 30 Jun 1993 24 Mac 2002
Yaacob Ibrahim 25 Mac 2002 24 April 2018
Masagos Zulkifli 24 April 2018 Penyandang kini

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Valedictory Letter from Prime Minister Lee Hsien Loong to Mr Abdullah Tarmugi". Prime Minister's Office Singapore (dalam bahasa English). 20 April 2011. Dicapai pada 24 August 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ "Valedictory Letter from PM Lee Hsien Loong to Dr Yaacob Ibrahim". Prime Minister's Office. 27 April 2018. Dicapai pada 24 August 2018.
  3. ^ Koh, Jaime. "Ahmad Mattar". Singapore Infopedia. National Library Board, Singapore. Dicapai pada 17 November 2018.