Othman Wok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tuan Haji Othman bin Wok
Menteri Hal Ehwal Sosial
Dalam jawatan
Oktober 1963 – Jun 1977
PresidenYusof Ishak
Benjamin Sheares
Perdana MenteriLee Kuan Yew
Anggota Parlimen
untuk Pasir Panjang
Dalam jawatan
Oktober 1963 – Jun 1977
Butiran peribadi
Lahir(1924-10-08)8 Oktober 1924
Singapura
Meninggal dunia17 April 2017(2017-04-17) (umur 92)
Hospital Umum Singapura, Singapura
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang
KerakyatanSingapura
Parti politik Parti Tindakan Rakyat (1954-1977)
Alma materInstitusi Raffles
PekerjaanAhli politik
Wartawan

Tuan Haji Othman bin Wok[1] (lahir 8 Oktober 192417 April 2017) ialah bekas Menteri Sosial dan ahli parlimen PAP yang mewakili Kawasan Pasir Panjang antara tahun 1963 dan 1977. Di awal kerjayanya beliau adalah seorang tokoh wartawan Bahasa Melayu sejak 1946[2], kemudian beliau menjadi timbalan editor akhbar berbahasa Melayu, Utusan Melayu Singapura.[3]

Beliau menyertai PAP selepas beberapa sahaja penubuhannya pada tahun 1954 ketika itu beliau percaya pada hak samarata dan dasar multi-perkauman dan anti kepada raja-raja melayu. Ketika itu beliau banyak membantu melalui penulisan mengenai penubuhan negara multi-perkauman dan hak samarata dan dasar anit raja-raja melayu di dalam akhbar Petir sebuah suratkhabar berbahasa Melayu keluaran Parti PAP. Selepas itu beliau dipilih sebagai salah seorang ahli dewan editorial buletin Petir dan dalam masa yang sama juga seorang lagi pemimpin tertinggi PAP iaitu Ahmad Ibrahim menjemput beliau untuk menjadi ketua cawangan PAP Geylang Serai / Tampines pada tahun 1959.

Pada tahun 1959, beliau bertanding menjadi calon untuk PAP di kawasan Majlis Bandaran bagi kawasan Kampung Kembangan berlawan dengan calon UMNO, beliau tewas dalam pertandingan itu. Kemudian, beliau sekali lagi bertanding di parlimen Pasir Panjang dan kali ini beliau menang.

Selepas Singapura berpisah dari Malaysia pada tahun 1963, beliau telah dilantik oleh Lee Kuan Yew sebagai Menteri Hal Ehwal Sosial.

Pada 17 April 2017, beliau meninggal dunia pada pukul 12:21 tengah hari (waktu tempatan) di Hospital Umum Singapura akibat masalah kesihatan. Beliau dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Choa Chu Kang pada hari seterusnya.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PRESIDENTIAL COUNCIL FOR MINORITY RIGHTS". Singapore Government (dalam bahasa Inggeris). Ministry of Communications and Information, Singapore Government. Dicapai pada 1 April 2015.
  2. ^ Goh Keng Swee: A Public Career Remembered, By Barry Desker (dalam bahasa Inggeris)
  3. ^ 100 Inspiring Rafflesians, 1823-2003, By Guan Heng Tan (dalam bahasa Inggeris)
  4. ^ "Othman Wok, member of independent Singapore's first Cabinet, dies aged 92" (dalam bahasa Inggeris). the Straits Times. 17 April 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Othman Wok di ourstory.asia1.com.sg (dalam bahasa Inggeris)

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.