Mentol lampu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mentol lampu ialah sebuah sumber cahaya buatan. Ia merupakan lampu elektrik yang dibuat daripada kaca lut cahaya atau lut sinar sebagai balangnya dan terdapat dawai filamen di dalamnya yang akan mengeluarkan cahaya apabila dialiri arus elektrik. Filamen biasanya diperbuat daripada bahan tungsten.

Ada beberapa jenis mentol lampu. Antara yang biasa digunakan di rumah-rumah kediaman adalah jenis lampu pijar (incandescent) dan lampu kalimantang (flourescent). Mentol lampu pijar mengeluarkan cahaya kekuningan sementara lampu kalimantang biasanya putih. Ini adalah kerana faktor bahan gas yang digunakan di dalam balang kaca lampu tersebut. Mentol lampu jenis halida logam dan neon direkabentuk untuk mencerahkan kawasan yang luas, sementara mentol lampu berisikan gas halogen digunakan untuk lampu kenderaan.

Galeri[sunting | sunting sumber]