Meranti sarang punai bukit
Penampilan
| Meranti sarang punai bukit | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Malvales |
| Keluarga: | Dipterocarpaceae |
| Genus: | Rubroshorea |
| Spesies: | R. ovata |
| Nama binomial | |
| Rubroshorea ovata | |
| Sinonim[2] | |
| |
Meranti sarang punai bukit (Rubroshorea ovata sin. Shorea ovata) ialah spesies tumbuhan yang berkeluarga Dipterocarpaceae genus Rubroshorea.[3]
Ia juga dikenali Seraya punai bukit di Sabah dan Meranti pitis di Sarawak.
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Meranti sarang punai bukit boleh mencapai ketinggiannya sehingga 50 m (160 ka). Ciri-ciri lapangan seperti berikut:[4]
- Daun: daun berbentuk bujur telur atau ovat lebar melengkung berkuku (hampir sama dengan Meranti sarang punai) dengan hujung daun akumen panjang. Silara daun terbuka separuh bulat atau bunga kobis.
- Bunga: kelopak bunga berwarna merah muda pucat dengan tepinya berwarna krim, berbentuk lanseolat. Bilangan stamen bunga ialah 15.
- Biji benih: hampir serupa dengan Meranti sarang punai (Rubroshorea parvifolia).
- Batang pokok: pokok sederhana besar dengan berbatang bulat dan bersilinder sedikit menirus. Banirnya rendah.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Meranti sarang punai bukit boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Borneo (Sabah, Sarawak dan Brunei sahaja), Sumatera dan Filipina sahaja.
Di Semenanjung Malaysia, pokok Meranti sarang punai bukit boleh dijumpai di negeri Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Terengganu.[5]
Meranti sarang punai bukit tumbuh di hutan dipterokarpa pamah sehinggalah hutan dipterokarpa atas.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Chua, L.S.L.; Cicuzza, D.; Ganesan, S.K; Hamidi, A.; Rachmat, H.H.; Julia, S.; Khoo, E.; Kusumadewi, Y.; Ling, C.Y.; Maycock, C.R.; Randi, A.; Robiansyah, I.; Strijk, J.S.; Tsen, S.; Bodos, V.; Nilus, R.; Sugau, J.; Pereira, J.T. & Kusuma, Y.W.C.K. (2023). "Shorea ovata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2023: e.T33484A68074782. doi:10.2305/IUCN.UK.2023-1.RLTS.T33484A68074782.en. Dicapai pada 30 Julai 2026.
- 1 2 "Rubroshorea ovata (Dyer ex Brandis) P.S.Ashton & J.Heck". Plants of the World Online (dalam bahasa Inggeris). Royal Botanic Gardens, Kew. Dicapai pada 30 Julai 2026.
- ↑ "Rubroshorea ovata". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-07-30.
- ↑ Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). ISBN 978-983-41623-1-3.
- 1 2 Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.