Meranti seraya
Penampilan
| Meranti seraya | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Malvales |
| Keluarga: | Dipterocarpaceae |
| Genus: | Rubroshorea |
| Spesies: | R. curtisii |
| Nama binomial | |
| Rubroshorea curtisii | |
| Sinonim[2] | |
| |
Meranti seraya atau seraya (Rubroshorea curtisii sin. Shorea curtisii) merupakan sejenis tumbuhan berkeluarga Dipterocarpaceae genus Rubroshorea.[3]
Ia dikenali juga sebagai Meranti kampong di Kedah.[3]
Penerangan
[sunting | sunting sumber]Ciri fizikal
[sunting | sunting sumber]Meranti seraya boleh mencapai ketinggian 70 m (230 ka). Ciri-ciri lapangan seperti berikut:[4]
- Daun: bentuk lanseolat sehingga ovat-lanseolat. Silaranya berwarna cerah dan daun seakan berkilat.
- Bunga: petal warna putih dan bertukar kuning apabila matang.
- Biji benih: bijinya bentuk ovat-oblong dan bersayap 3.
- Batang pokok: bersaiz besar, banir rendah dan tegap.
Taburan
[sunting | sunting sumber]Meranti seraya hanya boleh ditemui di Semenanjung Malaysia, Singapura, Thailand dan Borneo sahaja.
Di Semenanjung Malaysia, pokok meranti seraya boleh dijumpai hampir kesemua negeri kecuali Perlis. Manakala di Malaysia Timur dalam pulau Borneo, pokok ini boleh ditemui di Sabah dan Sarawak.[4][5]
Meranti seraya tumbuh di kawasan hutan dipterokarpa bukit.[5]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ↑ Barstow, M. (2018). "Shorea curtisii". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2018: e.T33463A68073253. doi:10.2305/IUCN.UK.2018-1.RLTS.T33463A68073253.en. Dicapai pada 17 Mei 2026.
- ↑ "Rubroshorea curtisii (Dyer ex King) P.S.Ashton & J.Heck". Plants of the World Online. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 16 Mei 2026.
- 1 2 "Rubroshorea curtisii". Malaysia Biodiversity Information System (MyBIS) (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-05-16.
- 1 2 Kamaruzaman, Haji Mohd Paiz; Yunus, Norhaidi; Abdul Jalil, Abdul Rahman; Mohd, Mohd Nasir (2011). Kaum Dipterokarpa Negeri Pahang. Kuantan, Pahang: Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP). ISBN 978-983-41623-1-3.
- 1 2 Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.