Mercury City Tower

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mercury City Tower
Башня "Меркурий Сити"
Mercury City Tower July 2016.jpg
Kedudukan Mercury City Tower jika dilihat dari Moscow
Mercury City Tower
Lokasi dalam Rusia
Maklumat umum
Status Siap dibina
Gaya seni bina Ekspresionisme struktur
Lokasi Pusat Perniagaan Antarabangsa
Bandar atau pekan Moscow
Negara Rusia
Pembinaan bermula 2009
Disiapkan pada 2013
Kos AS$ 1 bilion
Tinggi 338.8 m (1,112 ft)
Butiran teknikal
Bilangan tingkat 75
5 di bawah tanah
Aras tingkat 180,160 meter persegi (1,939,200 sq ft)
Lif/mesin pengangkat 31
Reka bentuk dan pembinaan
Arkitek M.M. Posokhin
Frank Williams and partners
G.L. Sirota
Pembina LLC Rasen Stroy
Jurutera penstrukturan Mosproject-2
Kontraktor utama Rasen Construction
Rujukan
[1][2][3][4]

Mercury City Tower (Rusia: Меркурий Сити Тауэр) ialah sebuah bangunan pencakar langit 75 tingkat di Moscow, Rusia. Terletak di Pusat Perniagaan Antarabangsa Moscow, pembinaan bangunan ini dimulakan pada tahun 2009. Ketinggian bangunan ini mencecah 338.8 metre (1,112 ft) pada 1 November 2012 dan memintas ketinggian The Shard di London, United Kingdom sebagai bangunan tertinggi di Eropah.[5]

Pembinaan[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2011, pihak pemaju mengumumkan bahawa Mercury City Tower telah mencecah 230 metre (750 ft), dengan lebih separuh daripada dinding luar dilitupi dalam salutan berwarna tembaga. Pembinaan bangunan ini telah melepasi menara berketinggian 301.6 metre (990 ft) iaitu Bandar Raya Ibu Kota, yang juga berlokasi di Moscow pada 17 Januari 2012. Pada 25 Julai tahun yang sama, tingkat ke-75nya sedang dibina. Menurut syarikat pemaju yang membangunkan projek Mercury City Tower, bangunan ini mencecah ketinggian 339 metre (1,112 ft) pada 1 November 2012.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]