Meriam anti pesawat gerak sendiri Type 87

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Mitsubishi Type 87
JGSDF type 87 Self-Propelled Anti-Aircraft Gun 01.jpg
Type 87 di Kem Shimoshizu
JenisMeriam anti pesawat gerak sendiri
Tempat asal Jepun
Sejarah pengeluaran
PerekaMitsubishi Heavy Industries, Japan Steel Works
Direka1982
PengeluarMitsubishi Heavy Industries
Dihasilkan1987
Spesifikasi
Berat44 t
Panjang(hull) 6.7 m
Lebar3.2 m
Tinggi(radar up) 4.10 m
Krew3

ArmorKeluli, Rahsia
Senjata
pertama
2 × meriam automatik 35 mm KDA
Senjata
kedua
2 × 3 pelancar bom asap
Enjinenjin diesel penyejukkan udara Mitsubishi 10ZF Type 22 10-silinder
750 hp (560 kW)
Kuasa/berat17 hp/tan
Sistem ampaianhidropneumatik
Jarak
operasi
300 km
Kelajuan53 km/j

Meriam anti pesawat gerak sendiri Type 87 adalah sebuah meriam pertahanan udara buatan Jepun yang dibina menggunakan sistem meriam berkembar Oerlikon 35 mm yang digunakan pada kereta kebal Gepard. Sistem ini menggunakan kerangka kereta kebal Type 74.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Ketika JSDF mula mencari pengganti kepada M42 Duster SPAAGs yang dibekalkan oleh Amerika Syarikat, Agensi Pertahanan Jepun mula mengeluarkan permintaan bagi penghasilan unit SPAAG tempatan bagi menggantikan M42. Mitsubishi Heavy Industries akhirnya diberikan kontrak bagi menghasilkan unit SPAAG bagi menggantikan M42 lamanya.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Ia telah dibangunkan pada tahun 1987, diberikan status nama Jenis 87, dengan Mitsubishi Heavy Industries membekalkan kerangka dan Japan Steel Works membekalkan sistem meriam. Pada awalnya, kerangka kereta kebal Jenis 61 akan digunakan. Kemudian, ia telah ditolak dan sebaliknya kerangka kereta kebal Jenis 74 telah digunakan sebagai asas bagi menghasilkan SPAAG Jenis 87.

Sebelum pembangunannya, ujian telah dilakukan sejak tahun 1982 dengan unit SPAAG prototaip dihasilkan pada tahun 1983.

Prototaip Jenis 87 pada pusat maklumat awam JGSDF.

Status[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1997, dilaporkan bahawa Pasukan Pertahanan Diri Jepun memiliki 41 buah kenderaan ini di dalam perkhidmatannya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]