Merpati Lahore

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lahore
Status pemuliharaan Biasa
Negara asal Pakistan
Pengelasan
Kumpulan Baka A.S Hias
Merpati (Columba livia)

Lahore adalah sejenis baka merpati hias yang terkenal dengan saiz yang besar dan jinak. Lahore, bersama-sama baka merpati yang lain berasal dari burung Pergam Batu (Columba livia).[1]

Asal[sunting | sunting sumber]

Untuk beberapa lama, merpati ini diternak di Lahore, Pakistan. Ia telah diimport ke Jerman pada sekitar tahun 1880 dan menjadi popular di kalangan para peminat merpati pada awal tahun 1960-an. Merpati ini biasa didapati di kawasan Iran (Shiraz) dan antara merpati dengan warna yang menarik. Merpati yang berasal dari Parsi kuno dahulunya dibiakkan untuk dagingnya, tetapi kini diternak kerana bulu yang cantik dan corak yang berwarna warni. Sifatnya yang tenang dan jinak menjadikan ia sebagai haiwan kesayangan yang jinak.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Lahore adalah sejenis merpati yang bersaiz agak besar dengan tinggi kira-kira 10.5 inci dan panjang 11.5 inci. Ukuran dari bahu ke bahu pula adalah 5.5 ini. Corak warnanya juga luar biasa: warna asas adalah putih, dan warna keduanya bermula di hujung paruh, membentuk lengkungan di sekeliling mata dan melintasi belakang leher dan sayap. Bahagian belakang dan ekor adalah berwarna putih. Walau bagaimanapun bagi tujuan pertandingan perhatian lebih tertumpu pada kualiti warna pada bahagian kepala, leher dan sayap.

Lehernya memiliki bulu lebat dan berdada bidang. Lahore memiliki pipi yang temban, manakala paruhnya pula adalah "lebar, berwarna hitam dan tumpul di hujungnya." [1] Kaki dan betisnya berbulu seolah-olah memakai stoking yang tebal.

Lahore boleh didapati dalam banyak warna yang berbeza termasuk Bar Biru, Berpetak, Merah, Biru, Perang dan Hitam.

Tingkah laku[sunting | sunting sumber]

Lahore secara umumnya adalah sejenis merpati yang tenang dan pemalu. Ia senang dan cepat untuk dijinakkan.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Levi, Wendell (1977). The Pigeon. Sumter, S.C.: Levi Publishing Co, Inc. ISBN 0-85390-013-2.