Mersuji

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mersuji
Mersuji atlantik biru (Makaira nigricans)
Pengelasan saintifik s
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Istiophoriformes
Keluarga: Istiophoridae
Rafinesque, 1810
Genus jenis
Istiophorus
Genus

Mersuji ialah sejenis ikan daripada keluarga Istiophoridae[1]:3 yang terdiri daripada 11 spesies.[2]

Peristilahan[sunting | sunting sumber]

Nama mersuji (Jawi: مرسوجي)[1]:63 dipakai kepada spesies-spesies Istiophorus platypterus,[1]:26 Makaira nigricans,[3] Istiompax indica[3] dan Makaira mazara[1]:32 yang digolongkan dalam keluarga ini.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama keluarga Istiophoridae datang daripada nama Istiophorus yang diletakkan spesies I. platypterus oleh George Kearsley Shaw pada tahun 1792, beliau menamakan genus ini daripada perkataan bahasa Yunani ἱστίον istion yang bermaksud "layar" untuk menggambarkan rupa sirip belakang spesies ikan tersebut.[4]:6

Pengelasan[sunting | sunting sumber]

Mersuji ialah ikan istioforiform yang lebih berkait rapat dengan suji todak yang merupakan spesies ahli tunggal keluarga Xiphiidae. Carangiformes dipercayai menjadi klad yang kedua paling dekat dengan mersuji. Sungguhpun sebelum ini dianggap berkait rapat dengan Scombridae, analisis genetik hanya menunjukkan hubungan yang kecil.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d Izumi Nakamura, penyunting (1985). Billfishes of the World: An Annotated and Illustrated Catalogue of Marlins, Sailfishes, Spearfishes and Swordfishes Known to date (PDF). Rom, Itali: Pertubuhan Makanan dan Pertanian. m/s. 3, 26, 32, 63. ISBN 92-5-102232-1.
  2. ^ Froese, R.; Daniel, Pauly, penyunting (Mac 2013). "Istiophoridae". Fishbase. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  3. ^ a b "Makaira". Kamus Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  4. ^ Scharpf, Christopher (13 September 2023). "Order CARANGIFORMES". The ETYFish Project. m/s. 1–19. Dicapai pada 18 Disember 2023.