Metalian
Metalian | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Kajang, Selangor, Malaysia |
Genre | Heavy metal, hard rock |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1980-an |
Syarikat rakaman | Warnada |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Laman sesawang | http://www.liriklagu.com/liriklagu_jm/Metallian.html |
Bekas ahli | Ramadhan Thana Lan Man Megat Khairul Hamid |
Metalian merupakan sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Kajang, Selangor. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu rock Melayu.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Metalian, bersama Bloodshed dan Damasutra, adalah antara gergasi-gergasi rock dari bandar yang terkenal dengan julukan "Bandar Sate" ini. Mereka membawakan muzik yang berkonsepkan heavy metal dan hard rock.
Metalian pernah muncul sebagai kugiran pembukaan untuk konsert Alleycats di Stadium Kajang pada tahun 1984, yang ditaja oleh Salem.[1] Pada waktu itu, mereka diterajui oleh Ramadhan yang berasal dari Batu 9, Cheras. Mereka juga sempat merakamkan lagu bergenre slow rock dalam album album Juara-Juara Rock, nyanyian Thana, penyanyi berketurunan India yang juga seorang guru. Selepas siri album Juara-Juara Rock, Metalian sempat merakamkan dua buah album berjudul Era dan Identiti sebelum berpecah.
Dari Metalian ke Wow
[sunting | sunting sumber]Setelah berpecah, sebahagian dari mereka telah menubuhkan Kumpulan Wow yang popular dengan lagu Kau Yang Satu. Sepertimana bekas kumpulan mereka, Wow juga bernaung di bawah Warnada. Pemain gitar Metalian dan Wow iaitu Lan juga pernah muncul dengan album solo.
Barisan keanggotaan
[sunting | sunting sumber]- Ramadhan
- Thana
- Lan
- Megat
- Azman@Man
- Khairul
- Hamid
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album Studio
[sunting | sunting sumber]- Identiti (1987)
- Era (1989)
Album Kompilasi
[sunting | sunting sumber]- Juara Juara Rock 1 (1987)
- Juara Juara Rock 2 (1987)
- Juara Juara Rock 3 (1987)
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Era (1989), ALBUM KUMPULAN Metalian Diarkibkan 2017-05-10 di Wayback Machine