Metro Shanghai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Metro Shanghai
Umum
Pemilik Shanghai Shentong Metro Group
Lokasi Shanghai dan Kunshan, Jiangsu
Jenis transit Alihan laju
Jumlah laluan/aliran 14
Jumlah stesen 330
Bil. penumpang harian 6.86 juta (purata 2013)[1]
9.381 juta (rekod)[2]
Bil. penumpang tahunan 2.5 bilion (2013)[1]
Laman sesawang www.shmetro.com
Operasi
Mula beroperasi May 28, 1993
Pengendali Syarikat Operasi Metro No.1-No.4 Shanghai (4 Syarikat berkongsi nama)
Teknikal
Panjang sistem 538 km
Peta sistem

Shanghai Metro map en.svg

sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Metro Shanghai
Cina Ringkas: 上海轨道交通
Cina Tradisional: 上海軌道交通
Maksud harfiah: Transit Rel Shanghai
Biasanya disingkatkan sebagai
Tulisan Ringkas: 上海地铁
Tulisan Tradisional: 上海地鐵
Maksud harfiah: Laluan Bawah Tanah Shanghai

Metro Shanghai merupakan sistem alihan laju di Shanghai, China. Laluan pertama mula beroperasi pada tahun 1993, menjadikan Shanghai bandar ketiga di Tanah Besar China yang mempunyai sistem laluan bawah tanah, iaitu selepas Beijing and Tianjin. Metro Shanghai ialah salah satu sistem alihan laju yang berkembang dengan paling pesat di dunia, dan beberapa laluannya masih dalam pembinaan.

Secara keseluruhannya, Metro Shanghai mempunyai 14 laluan metro dan 329 stesen, dengan laluan beroperasi yang panjangnya 538 km, menjadikannya sistem metro yang terpanjang di dunia. Penumpang tahunan Metro Shanghai mendapat tempat ketiga di dunia, dengan 2.5 bilion penumpang diangkut pada tahun 2013. Pada 30 April 2004, penumpang harian Metro Shanghai mencecah rekod 9.381 juta. Pada hari kerja biasa, penumpang yang menaiki Metro Shanghai melebihi 8 juta.

Pada 16 Oktober 2013, dengan melanjutkan Laluan 11 ke Kunshan, Jiangsu, Metro Shanghai menjadi sistem alihan laju pertama di China yang menghubungkan dua wilayah pentadbiran tahap provinsi. Terdapat rancangan untuk menghubungkan Metro Shanghai dengan sistem metro Suzhou dan Wuxi.

Laluan[sunting | sunting sumber]

Laluan Terminal
Dibuka Lanjutan
Terbaru
Length
km
Stesen
01Laluan 1 Jalan Fujin Xinzhuang 1993 2007 36.4 28
02Laluan 2 Xujing Timur Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong 1999 2010 63.8 30
03Laluan 3 Jalan Jiangyang Utara Stesen Kereta Api Selatan Shanghai 2000 2006 40.3 29
04Laluan 4
(Bulatan)
Jalan Yishan Jalan Yishan 2005 2007 33.7 26
05Laluan 5 Xinzhuang
Zon Pembangunan Minhang 2003 17.2 11
06Laluan 6 Jalan Gangcheng Road Pusat Sukan Oriental 2007 2011 32.3 28
07Laluan 7 Tasik Meilan Jalan Huamu 2009 2010 44.2 33
08Laluan 8 Jalan Shiguang Jalan Raya Shendu 2007 2011 37.4 30
09Lalaun 9 Stesen Kereta Api Selatan Songjiang Jalan Yanggao Tengah 2007 2012 52.1 26
10Laluan 10 Xinjiangwancheng Stesen Kereta Api Hongqiao 2010 2010 35.4 31
11Laluan 11 Jiading Utara / Huaqiao Jalan Luoshan 2009 2013 72 34
12Laluan 12 Jalan Qufu Road Jalan Jinhai 2013 2014 16
13Laluan 13 Jalan Jinyun Jalan Jinshajiang 2012 8.3 6
16Laluan 16 Jalan Luoshan Road Tasik Dishui 2013 51.9 11
Jumlah 538 330
  1. ^ a b "回顾上海地铁2013" (dalam bahasa Cina). Eastday. 2014-01-15. Dicapai 2014-01-15. 
  2. ^ "4月30日上海地铁客流938.1万人次再次刷新纪录" (dalam bahasa Cina). 上海地铁运管中心. 2014-05-02. Dicapai 2014-05-10.