Michael Backman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
frames
frames

Michael Backman ialah seorang penulis dan penceramah yang agak terkenal dan penuh kontroversi di dunia. Beliau menulis dan berucap khas atas isu berkenaan Asia: dari segi ekonomi, politik, kumpulan bisnes dan praktis bisnes. Beliau mempunyai reputasi baik untuk analisis yang menyeluruh, bebas dan amat terperinci. Beliau membahagikan masanya untuk penulisan, ucapan dan konsulting. Beliau pernah tinggal di London, Paris, Jakarta, Adelaide dan Canberra.

Buku-buku beliau telah muncul dalam senarai jual laku merangkumi Asia dan karyanya telah menjadi subjek debat di Parlimen Australia, subjek editorial Wall Street Journal dan pernah diungkapkan dalam Ucapan Hari Kemerdekaan oleh Perdana Menteri Singapura dan dalam ucapan-ucapan oleh ahli politis di Asia.

Beliau merupakan penulis Asian Eclipse: Exposing the Dark Side of Business in Asia (bahasa Malayu: Kejatuhan Asia: Dedahkan Bahagian Gelap Bisnes di Asia) yang merupakan buku laku di dunia dan dinamakan Majalah The Economist sebagai satu daripada buku umum bukan-fiksyen yang 'paling bagus' diterbitkan tahun tersebut dan disenaraikan oleh Perdana Menteri Thailand ketika itu Thaksin Shinawatra sebagai suatu buku yang harus dibaca semua orang Thai. Buku tersebut kini dimasukkan dalam senarai baca di London School of Economics dan Wharton Business School.

Backman juga merupakan pengarang bersama Big in Asia dan pengarang The Asian Insider dan Inside Knowledge, semua diterbitkan oleh Palgrave-Macmillan.

Beliau juga pengarang utama lenmak Rangkaian Bisnes Cina Luar Negara di Asia, yang diterbitkan pada 1995 oleh kerajaan Australia.

Beliau mempunyai satu kolum bisnes Asia dengan koran Age Melbourne dan telah menulis pelbagai artikel atas kekompleksan bisnes Asia, budaya dan corporate governance untuk The Times London, the International Herald Tribune, the Asian Wall Street Journal, the Far Eastern Economic Review, the Australian Financial Review and the Business Times of Singapore dan sebagainya.

Beliau merupakan seorang spiker kerap di seminar-seminar dan konferens-konferens di Asia, Eropa, dan Australia dan pengkomen biasa di media atas hal-hal berkenaan bisnes Asia, dan pernah muncul di penerbitan-penerbitan seperti Euromoney, Time, Fortune, the New York Times, and the Financial Times.

Backman memegang Ijazah Sarjana Kelas Pertama dalam Ekonomi. Beliau tinggal di London apabila beliau tidak travel.

Daftar Kolum Berkenaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Malaysia's PM pays high price to stay in power (Mac 26, 2008)
Perdana Menteri Malaysia membayar harga tinggi untuk terus berkuasa
  • Malaysian voters open the door to Anwar Ibrahim (Mac 12, 2008)
Pengundi Malaysia membuka pintu bagi Anwar Ibrahim
  • Malaysia Needs a Strong Opposition (Februari 27, 2008)
Malaysia perlu Pembangkang Kuat
  • Malaysia's judges & rule of law (November 21 2007)
Hakim-hakim Malaysia & kedaulatan undang-undang
  • Abdullah Badawi's Performance as Prime Minister (Oktober 26, 2007)
Pencapaian Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri
  • Malaysian police and Sarawak alleged corruption (Jun 20, 2007)
Polis Malaysia dan tuduhan korupsi Sarawak
  • Education, Rafidah and other matters - Column (November 29, 2006)
Pendidikan, Rafidah dan hal-hal lain - Kolum
  • Boleh or Bodoh Column (November 15, 2006)
Kolum Boleh atau Bodoh
  • On the role of Women in Malaysia and SE Asia generally (Ogos 23, 2006)
Atas peranan wanita di Malaysia dan Asia Tenggara secara umum
  • On Tun Mahathir's Outbursts (Julai 12, 2006)
Atas ledakan Tun Mahathir
  • On Meeting Tun Mahathir (November 2, 2005)
Atas Perjumpaan Tun Mahathir
  • On Rafidah Aziz and the AP scandal (Ogos 10, 2005)
Atas Rafidah Aziz dan skandal AP

Rujukan[sunting | sunting sumber]