Michael Riman anak Bugat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Mejar KM (B) Michael Riman ak Bugat
Kelahiran
Michael Riman ak Bugat
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Kapten
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Panglima Gagah Berani
Pangkat Mejar

Mejar KM (B) Michael Riman ak Bugat adalah seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Saribas, Sarawak. Beliau telah dikurniakan pingat Panglima Gagah Berani pada 6 Jun 1984 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis di Sarawak. Kapten Michael Riman mendapat kecederaan parah di bahagian lengan dalam pertempuran tersebut.

Bermula sebagai rekrut tentera darat pada 22 Jun 1973 kerana tertarik dengan ketangkasan tentera British sewaktu menghadapi konfrontasi dengan Indonesia, beliau kemudiannya diserapkan ke dalam kumpulan pertama Batalion ke-8 Rejimen Renjer Diraja (RRD) di Kem Terendak, Melaka dengan menyertai Platun Kilat atau Platun Ngalaban.

Waktu itu, beliau terbabit dalam beberapa siri pertempuran bermula pada 9 Oktober 1976 di Kampung Serangan, Lundu, Sarawak. Kemudian pada 26 Disember 1977 di Gopeng, Perak. Dalam kedua-dua operasi itu beliau berjaya membunuh dua orang pemberontak komunis.[1]

Pada 1 Jun 1979 Platun Risik Gempur (UCIS) yang dianggotai oleh Kapten Michael dan diketuai oleh Sarjan Kanang ak Langkau berjaya menjejak kesan musuh sehingga bertembung dengan tempat rehat mereka. Dalam pertempuran tersebut, beliau dengan berani terus menyerang dan merempuh ke arah musuh.

Di atas sikap keberanian yang ditunjukkan beliau dan kumpulannya berjaya membunuh seramai lima orang pemberontak komunis. Pertempuran tersebut juga meragut nyawa seorang anggota kumpulannya dan beliau sendiri mendapat kecederaan parah di bahagian lengan. Beliau dikurniakan pingat PGB pada 6 Jun 1984.

Beliau kini memikul tugas mengendalikan urusan logistik sebagai Kuarters Master (KM) sekarang di Rejimen 511 Askar Wataniah dekat Batu 7, Kuching. Beliau pernah menyandang tugas yang sama di kem Bau disusuli Markas 1 Divisyen, Sekolah Tentera Darat di Ulu Tiram Johor dan Maktab Tentera Darat Sungai Besi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]