Mike Tyson
Mike Tyson | ||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kelahiran | Michael Gerard Tyson 30 Jun 1966 | |||||||||||||||||||
Pasangan |
| |||||||||||||||||||
Anak-anak | 7 | |||||||||||||||||||
Kerjaya tinju | ||||||||||||||||||||
Statistik | ||||||||||||||||||||
Berat | Heavyweight | |||||||||||||||||||
Tinggi | 180 cm (5 ka 11 in) | |||||||||||||||||||
Capaian | 71 in (180 cm)[1] | |||||||||||||||||||
Gaya | Orthodox | |||||||||||||||||||
Rekod tinju | ||||||||||||||||||||
Jumlah lawan | 58 | |||||||||||||||||||
Menang | 50 | |||||||||||||||||||
Kemenangan mengikut KO | 44 | |||||||||||||||||||
Kalah | 6 | |||||||||||||||||||
Tiada pertandingan | 2 | |||||||||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||||||||
Laman web rasmi | miketyson |
Michael Gerard Tyson (lahir 30 Jun 1966) ialah seorang peninju profesional Amerika yang bertanding dari tahun 1985 sehingga 2005 dan dijadualkan bertanding sekali lagi pada 2024. Digelar "Iron Mike"[2] dan "Kid Dynamite" dalam kerjaya awalnya, dan kemudiannya dikenali sebagai "the Baddest Man On The Planet", Tyson dianggap sebagai salah seorang peninju heavyweight terhebat sepanjang zaman. Dia memegang sabuk juara heavyweight WBC dari 1987 hingga 1990.
Tyson memenangi 19 pertarungan profesional pertamanya, 12 daripadanya ditamatkan hanya dengan pusingan pertama. Tyson pertama kali mendapatkan sabuk juaranya pada usia 20 tahun, 4 bulan dan 22 hari, beliau memegang rekod sebagai peninju termuda yang pernah memenangi gelaran heavyweight. Tyson ialah petinju kelas berat pertama yang memegang sabuk tiga federasi besar tinju: WBA, WBC dan IBF sederum. Pada tahun berikutnya, Tyson menjadi juara beruntun selepas melonglaikan Michael Spinks semasa pusingan pertama. Pada tahun 1990, Tyson kehilangan kejuaraan heavyweight yang tidak dapat tersainginya selepas Buster Douglas menewaskannya dalam satu kekalahan terbesar dalam sejarah sukan tinju.
Kerjaya di luar tinju
[sunting | sunting sumber]Pada Oktober 2012, Tyson menubuhkan sebuah organiasi derma bernama Mike Tyson Cares Foundation.[3] Dalam organisasi itu, ia ingin agar "anak-anak diberi kesempatan untuk bertarung", Tyson bermaksud untuk menolong anak kurang mampu dari keluarga yang retak (broken home). Pada September 2013, Tyson tampil dalam siri dokumentari Fox Sports 1 selepas bersara daripada sukan tinju yang bertajuk Being: Mike Tyson.[4][5]
Pada November 2013, buku Tyson yang bertajuk Undisputed Truth telah diterbitkan, buku itu masuk dalam peringkat The New York Times Best Seller list.[6] Pada Anugerah Golden Podium, Tyson memenangi Sportel Special Prize untuk kategori autobiografi terbaik.[7] Pada Mri 2017, Tyson menerbitkan buku yang kedua bertajuk Iron Ambition,[8] buku itu menuliskan masa-masanya semasa bersama jurulatih sederum tokoh yang sudah dia pandang seperti ayah sendiri Cus D'Amato.
Pada Februari 2018, Tyson menyertai kejohanan seni bela diri campuran/mixed martial arts (MMA) antarabangsa di bandar Rusia bernama Chelyabinsk. Tyson berkata: "Keadaan di sini berbanding negaraku sungguh berbeza. Orang di sini sangat sensitif tetapi baik hatinya, menurutku sendiri jarang ada orang Amerika yang mempunyai pengalaman ini."[9]
Tyson berlakon dalam sebuah filem India berbahasa Telugu yang bertajuk Liger. Tyson tampil sebagai cameo, filem itu diterbitkan di pawagam pada tarikh 25 Ogos 2022.[10]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ HBO Sports tale of the tape prior to the Lennox Lewis fight.
- ^ McIntyre, Jay (September 1, 2014). ""Iron," Mike Tyson – At His Sharpest". Boxingnews24.com. Diarkibkan daripada yang asal pada October 6, 2014. Dicapai pada September 26, 2014.
- ^ "Mike Tyson Cares Foundation". Diarkibkan daripada yang asal pada October 20, 2011.
- ^ Iole, Kevin (September 17, 2013). "'Being: Mike Tyson' provides keen insight into former champion's battle for redemption and normalcy". Yahoo! Sports. Diarkibkan daripada yang asal pada August 13, 2014. Dicapai pada July 18, 2014.
- ^ Ecksel, Robert (September 21, 2013). "On FOX Sports' "Being: Mike Tyson"". Boxing.com. Diarkibkan daripada yang asal pada July 26, 2014. Dicapai pada July 18, 2014.
- ^ Cowles, Gregory (November 22, 2013). "Inside the List". The New York Times. Diarkibkan daripada yang asal pada November 28, 2013. Dicapai pada March 1, 2014.
- ^ Ivan (June 23, 2015). "Mike Tyson". Sportel Awards (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada yang asal pada November 29, 2020. Dicapai pada October 17, 2020.
- ^ Iron Ambition by Mike Tyson Diarkibkan Jun 17, 2017, di Wayback Machine, Blue Rider Press
- ^ "Surprised by Russia: Why did Tyson think the country 'too perfect' for him and his demons?". Russia Beyond. March 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada August 7, 2020. Dicapai pada November 29, 2020.
- ^ "Legendary boxer Mike Tyson joins the cast of Vijay Deverakonda's pan-India film Liger". Bollywood Hungama. September 27, 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada September 27, 2021. Dicapai pada September 27, 2021.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- BoxRec: Mike Tyson
- Mike Tyson's Official Website Diarkibkan 2015-08-01 di Wayback Machine
- Mike Tyson's Amateur Boxing Record
- Joyce Carol Oates on Mike Tyson, 1986-1997
- June 2005 SI Tyson Retrospective Photo Gallery
- Mike Tyson Film Takes a Swing at His Old Image oleh Tim Arango, The New York Times, 11 Mei 2008
- Profile at Online World of Wrestling
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.