Milton Sills

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Milton G. G. Sills
Sills, 1920
Kelahiran(1882-01-12)12 Januari 1882
Meninggal dunia15 September 1930(1930-09-15) (umur 48)
PekerjaanActor
Tahun aktif1906–1914 (teater)
1914–1930 (filem)
PasanganGladys Edith Wynne (k. 1910–1925) (divorced)
Doris Kenyon (k. 1926–1930)(kematiannya)

Milton George Gustavus Sills (12 Januari 1882 – 15 September 1930) merupakan pelakon pentas dan filem Amerika Syarikat pada awal abad ke-20.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Sills dilahirkan di Chicago, Illinois dalam keluarga kaya. Beliau merupakan anak kepada William Henry Sills, seorang peniaga mineral yang berjaya, dan pewaris keluarga perbankan yang terkenal. Setelah tamat sekolah menengah, Sills ditawarkan biasiswa setahun untuk ke Universiti Chicago, dimana beliau belajar psikologi dan filosofi. Selepas tamat belajar, beliau ditawarkan jawatan penyelidik universiti dan beberapa tahun beliau menjadi professor.

Pada tahun 1905, Donald Robertson, pelakon pentas, melawat sekolah pengajian Sills dan telah mencadangkan Sills untuk mencuba berlakon. Sills bersetuju dan meninggalkan kerjaya sebagai pengajar. Pada tahun 1908, ketika Sills melakukan pementasan teater di Bandar Raya New York, beliau telah menarik perhatian penerbit Broadway seperti David Belasco dan Charles Frohman. Beliau telah melakukan kemunculan Broadway pertamanya dalam This Woman and This Man.[1] From 1908 to 1914, Sills appeared in about a dozen Broadway shows.

Sills telah melakukan kemunculan pertamanya dalam dunia perfileman menerusi drama bajet besar, The Pit untuk World Film Company dan menandatangani kontrak dengan penerbit filem, William A. Brady. Sills telah berlakon sebanyak tiga buah filem lagi untuk World Film Company, termasuklah The Deep Purple bersama Clara Kimball Young.[1]

Peribadi[sunting | sunting sumber]

Sills telah mengahwini pelakon teater, Gladys Edith Wynne, anak saudara kepada pelakon Edith Wynne Matthison pada tahun 1910. Mereka bercerai pada tahun 1925 dan sepanjang usia perkahwinan mereka, mereka dikurniakan seorang anak, Dorothy Sills.[2] Setahun selepas bercerai, pada tahun 1926, Sills mengahwini pelakon filem senyap Doris Kenyon dan dikurniakan seorang anak lelaki, Kenyon Clarence Sills, yang lahir pada tahun 1927.

Sills telah meninggal dunia pada usia 48 tahun kerana serangan jantung pada tahun 1930 ketika sedang bermain tenis bersama isterinya di rumah mereka di Brentwood, Los Angeles, California. Beliau telah disemadikan di Chicago, Illinois.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Golden, Eve (2000). Golden Images: 41 Essays on Silent Film Stars. McFarland. m/s. 163. ISBN 978-0-7864-8354-9.
  2. ^ "News from the Dailies – Los Angeles". Variety. October 7, 1925. m/s. 10 – melalui Internet Archive.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]