Minda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Minda ialah satu set kebolehan kognitif termasuk kesedaran, persepsi, pemikiran, pertimbangan, bahasa dan ingatan. Ia biasanya ditakrifkan sebagai kebolehan berfikir dan kesedaran sesuatu entiti.[1]

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Minda berasal daripada perkataan Inggeris mind.[2]

Definisi-definisi[sunting | sunting sumber]

Sifat-sifat yang membentuk minda diperdebatkan. Sesetengah ahli psikologi berpendapat bahawa hanya fungsi-fungsi intelektual "tinggi" yang membentuk minda, khususnya akal dan ingatan.[3] Dari sudut pandangan ini, emosi—kasih sayang, kebencian, rasa takut, dan gembira—adalah bersifat lebih primitif dan subjektif maka harus dianggap berlainan dengan minda sebegitu. Sesetengah yang lain berpendapat bahawa pelbagai keadaan rasional dan emosional tidak boleh dipisahkan begitu, bahawa mereka mempunyai sifat dan asal yang sama, oleh itu kesemuanya perlu diambil kira sebagai sebahagian daripada minda.[perlu rujukan]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "mind – definition of mind in English | Oxford Dictionaries". Oxford Dictionaries | English. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-19. Dicapai pada 2017-05-08.
  2. ^ "Gerbang Kata". Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 2019-02-13.
  3. ^ Başar, Erol (2010). Brain body mind oscillations in scope of uncertainty principle. New York: Springer. m/s. 5. ISBN 978-1441961365.