Pergi ke kandungan

Miro Baldo Bento

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miro Baldo Bento
Maklumat peribadi
Nama penuh Miro Baldo Bento de Araújo
Tarikh lahir (1975-06-04) 4 Jun 1975 (umur 48)
Tempat lahir Dili, Timor Portugal
Posisi permainan Penyerang tengah
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1992–1999 Persija Jakarta
1999–2002 PSM Makassar 46 (21)
2003 Perseden Denpasar 30 (9)
2004 Persekaba Badung (4)
2004–2005 Persijap Jepara 37 (12)
2006 Persmin Minahasa (1)
2007 Persiba Balikpapan 12 (2)
2007 Persela Lamongan 11 (2)
2008–2009 PSBL Langsa
2010 PSIS Semarang 14 (5)
2016 FC Porto Taibesi
Jumlah 150 (56)
Pasukan kebangsaan
1998–2000 Indonesia 9 (3)
Pasukan diurus
2008–2009 Persiram Raja Ampat junior
2016–2018 FC Porto Taibesse (pembantu jurulatih)
2018–2019 Timor Leste (pembantu jurulatih)
2019–2020 Boavista F.C. Timor-Leste (pembantu jurulatih)
2020– Boavista F.C. Timor-Leste
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Miro Baldo Bento de Araújo (lahir 4 Jun 1975) ialah seorang pemain bola sepak pasukan kebangsaan Timor Timur. Beliau ialah bekas pemain pasukan kebangsaan Indonesia (1998–2000), sebelum memutuskan untuk menyertai pasukan kebangsaan Timor-Leste pada tahun 2005 selepas kemerdekaan Timor-Leste daripada Indonesia. Beliau kini seorang jurulatih di kelab Liga Futebol Amadora Boavista F.C. (Timor-Leste).

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Indonesia[sunting | sunting sumber]

Beliau tampil julung untuk pasukan kebangsaan Indonesia pada Piala Tiger 1998, menjaringkan gol di peringkat kumpulan ke atas pasukan penentang yaitu Myanmar dan Thailand. Indonesia mara ke separuh akhir dan bersemuka dengan Singapura di Stadium Thống Nhất. Miro membalas serangan daripada Rafi Ali dan Nazri Nasir dengan menjaringkan gol ke atas garisan yang dijaga Rezal Hassan, tetapi sampai wisel bertiup Indonesia ditewaskan oleh Singapura dengan mata 2–1. Beliau mendapat pingat gangsa dalam kejohanan itu selepas rakan-rakannya menewaskan Thailand dalam drama penalti.

Pada Piala Tiger 2000, beliau mendapatkan pingat perak.

Timor Leste[sunting | sunting sumber]

Miro memutuskan untuk berpindah dari pasukan kebangsaan Indonesia ke pasukan kebangsaan Timor Leste tidak lama selepas Timór Lorosa'e merdeka daripada Indonesia pada tahun 2005.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

PSM Makassar

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Indonesia

  • Naib juara (1): 2000

Rujukan[sunting | sunting sumber]