Mixtape

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mixtape ialah kompilasi muzik pelbagai sumber yang dirakam dan dihimpunkan dalam suatu medium ditetapkan baik dalam bentuk pita kaset, cakera padat mahupun senarai main digital. Setiap lagu yang terkandung dalam himpunan ini disusun dalam turutan dikehendaki artis atau penerbit berdasarkan tema tertentu, di mana satu lagu yang tamat akan beralih kepada satu lagu lain secara berterusan tanpa henti berdasarkan suntingan mengikut rentak dua-dua lagu berlainan, himpunan ini juga akan terhenti setelah semua lagu-lagu kompilasi habis dimainkan.[1]

Medium ini lazim dihasilkan dalam kalangan artis-artis hip hop dan R&B di mana ia terdiri daripada suatu album independen yang sering diedarkan secara percuma untuk tujuan mengiklan diri mahupun mengelakkan pelanggaran hak cipta. Ia sering difikirkan oleg sesetengah pengulas muzik sebagai "bentuk seni paling kerap dikaryakan di Amerika Syarikat" (the most widely practiced American art form).[2][3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Mixtape". Merriam Webster. Dicapai pada 4 April 2012.
  2. ^ Resnick, Michael (2006). "BurnLists: The Digital "Mix Tape" Comes of Age". Diarkibkan daripada yang asal pada 10 Disember 2006. Dicapai pada 15 Januari 2007.
  3. ^ Rosen, Jody (29 April 2004). "Unforgettable". The Nation. Dicapai pada 13 Julai 2017.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]