Pergi ke kandungan

Mohd Osman Abdul Hamid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dr Muhammad Osman Abdul Hamid merupakan doktor berasal dari Myanmar dan bekerja di Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur sejak Januari 2008 .Dia mempunyai pengalaman 20 tahun sebagai doktor. Wan Mahmood Wan Yaacob selaku pengurus besar Pusrawi menyatakan Dr Muhammad Osman hanyalah pengamal perubatan, bukan seorang pakar perubatan.

Laporan kes liwat Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Beliau telah memeriksa Saiful Bukhari Azlan dan mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat. Pemeriksaan pada jam 2.14 petang itu memutuskan zero active bleeding”, “zero ulcer or pus”, “zero tear and scar” dala lubang dubur Saiful. Laporan perubatan itu bocor dan telah disebarkan melalui internet.

Pada 5 September 2008, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Bakri Zinin menyatakan pihak polis menyiasat secara profesional terhadap Dr Muhammad Osman. Tiada tekanan terhadap beliau.[1]

10,000 risalah dan laporan perubatan disebarkan di sekitar masjid di Hulu Kelang pada Jumaat, 12 Mac 2010. Akibatnya , Muhammad Hafiz Bidin dan Arie Yudistira Ishaq Arifin Fadli ditahan polis di Masjid Al-Ridwan Ulu Klang .[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]