Saiful Bukhari Azlan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Saiful Bukhari Azlan
Saiful Bukhari ketika bersumpah cara Islam di Masjid Wilayah Persekutuan, ditemani oleh bapanya, Azlan Mohd Lazim.
Kelahiran
Mohamad Saiful Bukhari bin Azlan

(1985-07-06) 6 Julai 1985 (umur 38)
PendidikanKejuruteraan Elektrik
Pusat pendidikanUniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)
PekerjaanAhli Politik
Terkenal keranaTuduhan menjadi mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim
PasanganNik Suryani Megat Deraman (berkahwin 2013)
Anak-anak2
Ibu bapaAzlan Mohd Lazim
Halina Mohd Alip (meninggal dunia)

Saiful Bukhari Azlan (lahir 6 Julai 1985)[1] ialah ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas pembantu peribadi Anwar Ibrahim yang membuat laporan polis bahawa beliau diliwat oleh bekas Ketua Pembangkang itu pada 29 Jun 2008.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 6 Julai 1985 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak ketiga daripada tujuh beradik kepada ibu bapanya Azlan Mohd Lazim dan Allahyarhamah Halina Mohd Alip (1962-2004).[2] Ibunya, Halina merupakan seorang pelakon dan model yang terkenal pada era 1980an dan meninggal pada Julai 2004 kerana kanser payudara.

Saiful seorang pelajar yang aktif berpersatuan sejak menuntut di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) di Bangi dan pernah bertanding dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar), sesi 2006/07 dan beliau didakwa satu-satunya calon MPP yang pro-Aspirasi yang dilihat berpihak kepada kerajaan.

Saiful Bukhari yang merupakan pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, yang tidak menamatkan pengajiannya pada 2007. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 Saiful dilihat mempamerkan sokongan kepada perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan BN di laman sosialnya di Friendster.

"Walaupun dia mengiringi Anwar untuk kempennya, tetapi di laman maya, dia berkempen untuk BN," kata sumber yang dipetik daripada Malaysiakini dan beliau juga didakwa merupakan sukarelawan kempen KeADILan sewaktu pilihan raya umum yang lalu.[3]

Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak mengakui gambar Saiful bersamanya diambil ketika Saiful datang ke pejabatnya pada 12 Februari 2008 bersama seorang rakan untuk berjumpa dengan pegawainya bagi mendapatkan sokongan untuk mendapatkan biasiswa dari kerajaan melanjutkan pelajaran. Dia mengaku tidak menamatkan pengajiannya walaupun pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) di universiti itu, setelah berasa malu apabila mendapat keputusan peperiksaan yang teruk.[4]

Pembantu khas Anwar Ibrahim[sunting | sunting sumber]

Selepas berhenti belajar di Uniten, Saiful menjadi sukarelawan di pejabat PKR di Petaling Jaya sebagai pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Antara tugasnya ialah mengatur pertemuan sulit dengan Ahli Parlimen yang ingin melompat parti. Pertemuan diadakan di Kondominium Desa Damansara.

Pasport antarabangsa Saiful membuktikan beliau pernah mengikut Anwar Ibrahim ke luar negara termasuk ke Hong Kong (awal Mei 2008), Bangkok (hujung Mei 2008) dan Singapura (16 dan 18 Jun 2008). Saiful juga membantu ketua kakitangan, Ibrahim Yaacob menguruskan jadual Anwar.

Saiful rajin menulis blog iaitu di blog percuma Saiful dan artikel "Saiful Dakwa Atur Pertemuan Anwar Dengan Anggota Parlimen Yang Ingin Lompat Parti" ditulis pada 1 Ogos 2008.[5]

Dakwaan di mahkamah[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2008, majikan Saiful iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks luar tabii suka sama suka terhadap Mohd Saiful termasuk yang terakhir pada 26 Jun 2008 di unit 11-5-1 Desa Damansara Condominium, No 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara. Anwar Ibrahim yang hadir telah mengaku tidak bersalah. Pertuduhan itu mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Malangnya laporan polis oleh Saiful tidak diberikan kepada Anwar Ibrahim untuk tugas pembelaan. Ini memungkinkan laporan tersebut terdedah kepada diubahsuai menurut keterangan yang diambil darinya nanti. [6] Syed Hamid Albar menyatakan laporan tidak diberi kerana pendakwaan belum dimulakan secara rasmi tidak masuk akal, walaupun Anwar telah diambil keterangan oleh polis. Saiful pula dicari oleh media untuk mendapatkan kenyataan media darinya tetapi tidak muncul-muncul sehinggalah pada 15 Ogos 2008.

Seksyen 377A Kanun Keseksaan memberikan definisi kesalahan tersebut:[sunting | sunting sumber]

"Mana-mana orang yang melakukan perhubungan seks dengan seseorang lain dengan memasukkan zakarnya ke dalam dubur atau mulut seseorang lain itu dikatakan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii.[7]

Seksyen 377B Kanun Keseksaan menyatakan:[sunting | sunting sumber]

“Sesiapa yang melakukan hubungan seks luar tabii secara sukarela, akan dihukum penjara maksima 20 tahun, termasuk sebatan.“

Manakala Seksyen 377C Kanun Keseksaan menyatakan:[sunting | sunting sumber]

“Persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan dan pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.“

Sumpah laknat[sunting | sunting sumber]

Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Wartawan dari TV3 dilarang membuat rakaman tetapi rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.[8][9]

Teks sumpah beliau ialah :

" Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan nama Allah saya bersumpah saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur saya.

"Jika saya berdusta atas pengakuan ini, maka saya berdusta terhadap Allah S.W.T dan sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat, wallahullam."

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.[10] Anwar Ibrahim tidak melakukan perkara sama selepas itu bagi menentang dakwaan Saiful.[11]

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula menyatakan bahawa lafaz sumpah Saiful Bukhari, bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sah mengikut lunas Islam kerana beliau mengucapkan lafaz Wallahi, Wabillahi dan Watallahi.[12]

Timbalan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata bahawa sumpah Saiful tidak patut dipersoalkan kerana mereka yang mengangkat sumpah tersebut akan ditanggung bebannya ke seluruh keturunannya. Dengan itu sumpah Saiful akan turut ditanggung oleh anak dan zuriatnya.[13]

Sumpah Laknat di Mekah[sunting | sunting sumber]

Pada 9 April 2012, Saiful Bukhari telah bersumpah di hadapan Kaabah di Mekah berkaitan isu beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim. Beliau ke tanah suci mengerjakan umrah bersama arwah neneknya. Rakaman sumpah beliau dirakam sendiri olehnya melalui telefon bimbit.[14] Beliau juga menyatakan kenyataan sumpah yang dilafazkan kali pertama bukanlah datang dari pihaknya, tetapi sumpah itu disarankan oleh bekas mufti Perlis dan kesahihan sumpah itu menurut Islam disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.[15]

Terbaru, bapa Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim telah menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 8 Mac lalu berhubung isu liwat anaknya dan mengaku ia benar-benar berlaku dan bukan konspirasi politik.[16]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Saiful Bukhari semasa perkahwinannya dengan Nik Suryani Megat Deraman.

Pada 25 Mei 2013, Saiful Bukhari sah menjadi suami kepada bekas penyampai berita TV3, Nik Suryani Megat Deraman (kini bekas) dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan. Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101. Majlis pernikahan itu disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.

Saiful dan Nik Suryani yang memakai persalinan berwarna putih sedondon dinikahkan di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober 2013. Majlis resepsi pula dijadual berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini, bermula pukul 8 malam. Mereka telah dikurniakan sepasang anak lelaki.[17]

Beliau sebelum ini juga pernah bertunang dengan pembaca berita Bernama TV, Janna Syariza Mohd Zaki, namun pertunangan itu putus sekitar 2010.[18]

Usahawan fesyen berjaya[sunting | sunting sumber]

Encik Saiful dan isterinya, Cik Nik Suryani Megat Deraman, menjadi rakan kongsi Nang Surya, perniagaan pakaian wanita, beg, aksesori, batik dan songket berpangkalan di Terengganu.[19] Selain perniagaan fesyen, pasangan suami isteri itu mempunyai firma perundingan politik dan media.[20]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Saiful terima ratusan ucapan hari lahir.
  2. ^ Sudah 26 tahun. Syukur, Allah lanjutkan umur...
  3. ^ Saiful Bukhari Azlan tinggal di kondominium mewah RM2.2 juta? Harakah Daily.Net.
  4. ^ "Berhenti kerana tidak mahu diliwat lagi". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-07. Dicapai pada 2010-02-24.
  5. ^ Saiful Dakwa Atur Pertemuan Anwar Dengan Anggota Parlimen Yang Ingin Lompat Parti
  6. ^ MalaysiaKini
  7. ^ Wong Teck Chee. "DVD seks: Ong nafi anda unsur politik...", Malaysiakini, Kuala Lumpur, 24 Februari 2009. Retrieved on 11 Mac 2013.
  8. ^ Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam 15 Ogos 2008
  9. ^ Saiful Bukhari Azlan bersumpah di youtube.
  10. ^ Saiful Mengangkat Sumpah Di Masjid Wilayah Persekutuan
  11. ^ http://says.com/my/seismik/saiful-vs-anwar-5-sebab-kenapa-penyokong-saiful-bukhari-yakin-beliau-diliwat
  12. ^ Mufti Perlis: Lafaz sumpah Saiful sah, cara pegang Al Quran salah.
  13. ^ Anwar asked to explain
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-13. Dicapai pada 2013-05-03.
  15. ^ http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0816&pub=utusan_malaysia&sec=terkini&pg=bt_15.htm&arc=hive Diarkibkan 2018-07-29 di Wayback Machine Nik Aziz akui sumpah Saiful ikut cara Islam]
  16. ^ http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130502/po_02/Saiful-bersyukur-bapa-tarik-balik-kenyataan[pautan mati kekal]
  17. ^ https://www.beritadaily.com/saiful-bukhari-i-never-thought-i-could-be-this-happy-8-years-ago/
  18. ^ Musa, Norhafiza (25 Mei 2013). "Saiful, Nik Suryani sah suami isteri". Sinar Harian. Dicapai pada 2016-05-07.
  19. ^ https://www.beritaharian.sg/dunia/lelaki-dalam-kes-liwat-anwar-kini-usahawan-fesyen
  20. ^ https://www.thestar.com.my/news/nation/2016/12/01/exanwar-aide-saiful-is-now-a-budding-entrepreneur/

Pautan luar[sunting | sunting sumber]