Mohd Razali Saari
Mohd Razali Saari | |
|---|---|
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Sungai Panjang | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Mohd Imran Tamrin (BN–UMNO) |
| Majoriti | 3,576 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Razali bin Saari |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Mohd Razali bin Saari merupakan seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Sungai Panjang sejak Ogos 2023. Beliau merupakan ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS), sebuah parti komponen dalam gabungan Perikatan Nasional (PN) dan sebelum ini gabungan Gagasan Sejahtera (GS).
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Calon Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (2018)
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya negeri Selangor 2018
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2018, Mohd Razali membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh GS untuk bertanding di kerusi negeri Sungai Panjang. Mohd Razali tewas kepada Mohd Imran Tamrin daripada Barisan Nasional (BN) dengan kekurangan undi sebanyak 3,531 undi.
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya negeri Selangor 2023
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya negeri Selangor 2023, Mohd Razali telah dicalonkan oleh PN untuk bertanding semula di kerusi Sungai Panjang. Mohd Razali memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang bagi penggal pertama selepas menewaskan penyandang kerusi, Mohd Imran daripada BN dengan majoriti 3,576 undi.[1]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N03 Sungai Panjang | Mohd Razali Saari (PAS) | 6,999 | 26.95% | ||||||||
| Mohd Imran Tamrin (UMNO) | 10,530 | 40.53% | 25,975 | 2,084 | 86.19% | |||||||
| Mariam Abdul Rashid (AMANAH) | 8,446 | 32.52% | ||||||||||
| 2023 | Mohd Razali Saari (PAS) | 16,977 | 55.89% | Mohd Imran Tamrin (UMNO) | 13,401 | 44.11% | 30,378 | 3,576 | 74.48% | |||
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 5 Oktober 2023.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.