Moka Kamishiraishi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Moka Kamishiraishi
上白石 萌歌
Moka Kamishiraishi in a light blue dress against a light blue backdrop.
Foto Moka Kamishiraishi tahun 2019
Kelahiran (2000-02-28) 28 Februari 2000 (umur 24)
PendidikanUniversiti Meiji Gakuin
Pekerjaan
Tahun aktif2011–semasa kini
EjenToho Entertainment
Karya
Ketinggian163 cm (5 ka 4 in)
SaudaraMone Kamishiraishi (saudara perempuan)
Kerjaya muzik
Juga dikenali sebagai
Adieu
GenreJ-pop
Tahun aktif2015–kini
Syarikat rakaman
Sony Music Records
Laman sesawang
Adieu official website
Maklumat YouTube
Saluran
Tahun aktif2019–kini
Pelanggan110,000
Jumlah tontonan24,407,014
Dikemaskini pada 4 Ogos 2022 Sunting ini di Wikidata
Laman web rasmiProfil Toho

Moka Kamishiraishi (Jepun: 上白石萌歌, Hepburn: Kamishiraishi Moka, lahir 28 Februari 2000)[1] ialah pelakon, penyanyi/pendendang serta ahli fesyen asal Jepun.[2] Sebagai penyanyi, nama artis Moka ialah Adieu (digayakan semua huruf kecil). Beliau merupakan adik perempuan pelakon Jepun Mone Kamishiraishi.

Kamishiraishi memasuki dunia hiburan selepas memenangi uji bakat Toho Cinderella pada 2011 yang ditaja oleh Toho Entertainment. Beliau membuat debut lakonannya pada tahun 2012, dan sejak itu muncul dalam filem-filem seperti Haruta & Chika (2017) dan A Forest of Wool and Steel (2018), yang mana Moka berjaya memenangi anugerah Pendatang Baru Terbaik dalam Hadiah Filem Akademi Jepun ke-42. Moka juga memiliki kerjaya lakonan suara. Beliau merupakan pelakon suara di siri filem Mirai (2018) dan Pokémon the Movie: Secrets of the Jungle (2020), dan muncul dalam drama televisyen, termasuk drama taiga NHK Idaten (2019) dan The Files of Young Kindaichi (2022). Moka juga mengeluarkan single muzik pertamanya pada 2015, dan membuat kemunculan perdana pentas muzik dengan nama panggung sebagai Adieu pada 2019 di bawah lesen daripada Sony Music Records.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "上白石 萌歌 | 東宝芸能". www.toho-ent.co.jp (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-03. Dicapai pada 2022-05-24.
  2. ^ "東宝シンデレラに輝いた期待女優が歌手デビュー 夢は大きく「紅白出たい!」". Sankei Shimbun (dalam bahasa Jepun). 2015-03-11. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-05-08. Dicapai pada 2015-06-29.