Monoetnik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Monoetnik ialah kewujudan satu kumpulan etnik tunggal di kawasan atau negara tertentu. Ini adalah bertentangan dengan polietnik.

Contoh negara monoetnik ialah Jepun. Adalah menjadi pendapat umum bahawa di Jepun seluruh negara adalah monoetnik, tetapi terdapat juga beberapa etnik minoriti yang mendiami Jepun, iaitu Korea, Ainu dan Ryukyu.[1] Mereka mencakup sekitar 1% dari seluruh populasi.[2]

Korea Selatan adalah satu lagi contoh negara monoetnik. Terdapat etnik minoriti di Korea Selatan, menyumbang kira-kira 1% daripada populasi Korea Selatan. Perkadaran ini juga termasuk 650,000 pendatang dari Cina.[3]

Kebanyakan negara Afrika mempunyai masyarakat yang dianggap mono-kaum, tetapi adalah perkara biasa untuk menemui berpuluh-puluh kumpulan etnik dalam sesebuah negara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Arakaki, Osamu (2008), Refugee Law and Practice in Japan (dalam bahasa Inggeris), Ashgate Publishing, m/s. 36, ISBN 978-0754670094
  2. ^ (dalam bahasa Jepun) [1] Diarkibkan 14 Oktober 2013 di Wayback Machine 平成24年末現在における外国人登録者統計について].
  3. ^ "Trying to teach South Korea about discrimination", Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris), 24 Februari 2009

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.