Pergi ke kandungan

Takson monotip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Monotipik)

Dalam biologi, takson monotip[a] atau takson ekajenis ialah kumpulan taksonomi (takson) yang mengandungi hanya satu takson bawahan yang langsung.[1] Spesies monotip ini tidak termasuk subspesies atau lebih kecil lagi, takson infraspesifik. Dalam kes bagi genus, istilah "unispesifik" atau "monospesifik" kadang-kadang dipilih. Dalam tatanama botani, genus monotip ialah genus dalam kes tertentu di mana genus dan spesies tunggal diperikan secara serentak.[2] Sebaliknya, takson oligotip pula mengandungi lebih daripada satu namun hanya sedikit sekali takson bawahan.

Sepertimana istilah monotip digunakan untuk memerikan takson yang merangkumi hanya satu subbahagian, takson yang terkandung boleh juga dirujuk sebagai monotip dalam takson peringkat lebih tinggi, cth. genus monotip dalam keluarga. Beberapa contoh kumpulan monotip adalah:

  • Dalam susunan Amborellales, terdapat hanya satu keluarga, Amborellaceae dan terdapat hanya satu genus, Amborella, dan dalam genus ini terdapat hanya satu spesies, iaitu Amborella trichopoda.
  • Tumbuhan berbunga Breonadia salicina satu-satunya spesies dalam genus monotip Breonadia.
  • Keluarga Cephalotaceae merangkumi hanya satu genus, Cephalotus, dan hanya satu spesies, Cephalotus follicularis – periuk kera Albany.
  • Bahagian Ginkgophyta adalah monotip, mengandungi kelas tunggal Ginkgoopsida. Kelas ini pun monotip, mengandungi susunan tunggal Ginkgoales.[3]
  • Tumbuhan berbunga Nandina domestica satu-satunya spesies dalam genus Nandina.
  • Hari ini sudah diterima yang ganja (Cannabis sativa) secara umumnya genus monospesifik.[4]
  • Kupu-kupu madron satu-satunya spesies dalam genus monotip Eucheira. Namun, terdapat dua subspecies bagi kupu-kupu ini, E. socialis socialis dan E. socialis westwoodi, yang bermaksud spesies E. socialis bukan monotip.[5]
  • Erithacus rubecula, murai Eropah, satu-satunya ahli bagi genusnya yang wujud.[6]
  • Delphinapterus leucas atau paus beluga satu-satunya ahli bagi genusnya dan ketiadaan subspesies.[7]
  • Dugong dugong satu-satunya spesies dalam genus monotip Dugong.[8]
  • Homo sapiens (manusia) adalah monotip, memandangkan kita ada sangat sedikit kerencaman genetik untuk melindungi mana-mana subspesies hidup.[9]
  • Limnognathia maerski adalah binatang mikroskopik dan satu-satunya spesies dalam filum monotip Micrognathozoa.
  • Narwal adalah setasea berukuran sedang yang merupakan satu-satunya ahli bagi genus monotip Monodon.[10]
  • Platipus satu-satunya ahli bagi genus monotip Ornithorhynchus.
  • Ozichthys albimaculosus, iaitu cream-spotted cardinalfish, yang dijumpai di Australia Tropika dan selatan New Guinea, adalah spesies jenis bagi genus monotip Ozichthys.[11]
  • Gelatik janggut satu-satunya spesies dalam genus monotip Panurus, yang merupakan satu-satunya genus dalam keluarga monotip Panuridae.[12]
  • Kanin membentuk satu-satunya subkeluarga hidup bagi keluarga anjing, Canidae
  1. ^ juga sebagai takson monotipik
  1. ^ Mayr E, Ashlock PD. (1991). Principles of Systematic Zoology (2nd ed.). McGraw-Hill. ISBN 0-07-041144-1
  2. ^ McNeill, J.; Barrie, F.R.; Buck, W.R.; Demoulin, V.; Greuter, W.; Hawksworth, D.L.; Herendeen, P.S.; Knapp, S.; Marhold, K.; Prado, J.; Reine, W.F.P.h.V.; Smith, G.F.; Wiersema, J.H.; Turland, N.J. (2012). "Article 38". International Code of Nomenclature for algae, fungi, and plants (Melbourne Code) adopted by the Eighteenth International Botanical Congress Melbourne, Australia, July 2011. Regnum Vegetabile 154. A.R.G. Gantner Verlag KG. ISBN 978-3-87429-425-6.
  3. ^ Wu, Chung-Shien; Chaw, Shu-Miaw; Huang, Ya-Yi (2013). "Chloroplast Phylogenomics Indicates that Ginkgo biloba Is Sister to Cycads". Genome Biology and Evolution. 5 (1): 243–254. doi:10.1093/gbe/evt001. PMC 3595029. PMID 23315384.
  4. ^ DOI: 10.1007/s11032-005-5681-x
  5. ^ Kevan, P. G.; Bye, R. A. (1991). "The natural history, sociobiology, and ethnobiology of Eucheira socialis Westwood (Lepidoptera: Pieridae), a unique and little-known butterfly from Mexico". Entomologist. 110: 146–165.
  6. ^ "Glossary American Museum of Natural History".
  7. ^ Designatable Units for Beluga Whales (Delphinapterus leucas) in Canada (PDF) (Laporan). Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada. 2016.
  8. ^ Jefferson, Thomas A.; Webber, Marc A.; Pitman, Robert L. (2015). "Taxonomic Groupings Above the Species Level". Marine Mammals of the World. m/s. 17–23. doi:10.1016/B978-0-12-409542-7.50003-2. ISBN 978-0-12-409542-7.
  9. ^ Premo, L. S.; Hublin, J.-J. (6 January 2009). "Culture, population structure, and low genetic diversity in Pleistocene hominins". Proceedings of the National Academy of Sciences. 106 (1): 33–37. Bibcode:2009PNAS..106...33P. doi:10.1073/pnas.0809194105. PMC 2629215. PMID 19104042.
  10. ^ COSEWIC assessment and update status report on the narwhal Monodon monoceros in Canada (PDF) (Laporan). Committee on the Status of Endangered Wildlife in Canada. 2004.
  11. ^ Fraser, Thomas H. (14 August 2014). "A new genus of cardinalfish from tropical Australia and southern New Guinea (Percomorpha: Apogonidae)". Zootaxa. 3852 (2): 283–293. doi:10.11646/zootaxa.3852.2.7. PMID 25284398.
  12. ^ "ITIS - Report: Panurus biarmicus".

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  • Takrifan kamus monotip di Wikikamus