Narwal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Narwhal[1]
Julat zaman: Kuaternari-kini[2][3]
Narwhalsk.jpg
Rupa sisi dan bawah narwal
Rajah menunjukkan bentuk seekor narwal tiga kali besar dari bentuk seorang manusia.
Skala bandingan dengan manusia
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Infraorder:
Genus:
Monodon
Spesies:
monoceros
Narwhal distribution map.png
Lokasi taburan narwal lazim (warna penuh) dan langka (warna berjalur)

Narwal (Bahasa Inggeris: narwhal, nama saintifik: Monodon monoceros) ialah sejenis spesis ikan paus bergigi mempunyai suatu tanduk sumbu; spesies ini mendiami perairan Artik sekitar utara Greenland, Kanada dan Rusia. Ia antara satu dari dua spesies dalam keluarga Monodontidae selain paus beluga.

Paus-paus sumbu ini diancam kelangsungan hidup hasil pertembungan dengan manusia yang menburunya;[5] sebanyak kira-kira 50,000 (perangkaan 1996)[6] sampai 170,000 ekor (anggaran kiraan dalam kajian antar 2000–2017)[4] telah dianggarkan masih ada di dunia.

Haiwan ini diberi namanya dari pengamatan masyarakat zaman Viking terhadap penampilan berwarna pucat seakan "mayat" (nár dalam bahasa Norse Lama)[7] serta keadaan haiwan ini yang kadangkala terapung pegun.[8]

Ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Narwal bersaiz sederhana sepertimana paus beluga dengan ukuran panjang badan dari hujung ekor ke ubun kepala antara 3.95 hingga 5.5 meter.[9] Badan jantan lebih besar (sekitar 4.1 meter) dari badan betina (sekitar 3.5 meter) dengan berat purata sekitar 800 hingga 1,600 kilogram.[9]

Di puncak kepala jantan adanya sebatang tanduk sumbu yang merupakan jenis gigi taring[10][11] yang menumbuh dari rahang atas kiri mulut dan berpilin arah kiri. Sumbu ini berperanan sebagai pengesan persekitaran yang dipancarkan melalui gema pantulan sonar[12] yang dihubungkan kepada banyak hujung saraf dengan otak.[13][14][15][16]

Tabiat[sunting | sunting sumber]

Sekawan narwal terdiri dari 5 hingga 10 ekor bahkan sampai sebanyak 20 ekor.

Pemakanan[sunting | sunting sumber]

Narwal memangsakan hidupan khusus terdiri dari ikan-ikan kod dan halibut Greenland, sotong dan udang; pemakanan ini dilakukan secara penghirupan kuat dari jarak cukup dekat kerana kurang sempurnanya kegigian pada haiwan ini. Batu dasar laut adakala didapati hasil penelanan tidak sengaja semasa pemangsaan di aras ini.[9][17][18][19]

Hubungan dengan manusia[sunting | sunting sumber]

Kepercayaan[sunting | sunting sumber]

Masyarakat Inuit percaya sumbu haiwan ini berasal daripada penjelmaan seorang perempuan yang terjatuh ke dalam air dek tersangkut pada tali tempuling yang mengena seekor paus diburunya; tanduk ini dikatakan muncul dari sanggulnya.[20]

Masyarakat Eropah pada zaman Pertengahan percaya bahawa tanduk haiwan ini didatangkan berkaitan dengan tanduk yang ada pada seekor kuda sumbu.[21][22] dipercayai mempunyai pelbagai kuasa sakti termasuk mengurangkan kuat racun atau menawarkan rasa murung sehingga dijual dengan harga emas yang tinggi.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Mead, James G. dan Robert L. Brownell, Jr (16 November 2005). Wilson, D. E., dan Reeder, D. M. (ed) (penyunting). Mammal Species of the World (Spesies Mamalia di Dunia) (ed. ke-3). Percetakan Universiti Johns Hopkins. m/s. 723–743. ISBN 0-801-88221-4.CS1 maint: multiple names: editors list (link) CS1 maint: extra text: editors list (link)
  2. ^ "E. T. Newton. 1891. The vertebrata of the Pliocene deposits of Britain. Memoirs of the Geological Survey of the United Kingdom". Memoirs of the Geological Survey, Great Britain. 1891.
  3. ^ "Monodon monoceros Linnaeus 1758 (narhwal)". PBDB.org.
  4. ^ a b Lowry, L; Laidre, K; Reeves, R (2017). "Monodon monoceros". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T13704A50367651.en.
  5. ^ Jefferson, T.A.; Karczmarski, L.; Laidre, K.; O'Corry-Crowe, G.; Reeves, R.R.; Rojas-Bracho, L.; Secchi, E.R.; Slooten, E.; Smith, B.D.; Wang, J.Y.; dll. (2008). "Monodon monoceros". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2008. Dicapai pada 18 December 2008.
  6. ^ Laidre, K. L.; Stirling, I.; Lowry, L.; Wiig, Ø.; Heide-Jørgensen, M. P. & Ferguson, S. (2008). "Quantifying the sensitivity of arctic marine mammals to climate-induced habitat change". Ecological Applications. 18 (2): S97–S125. doi:10.1890/06-0546.1. PMID 18494365. S2CID 23765771.
  7. ^ Heide-Jørgensen, M. P. & Laidre, K. L. (2006). Greenland's Winter Whales: The beluga, the narwhal and the bowhead whale. Ilinniusiorfik Undervisningsmiddelforlag, Nuuk, Greenland. ISBN 978-87-7975-299-3.
  8. ^ "The Narwhal: Unicorn of the Seas" (PDF). Fisheries and Oceans Canada. 2007. Dicapai pada 10 July 2013.
  9. ^ a b c Macdonald, D.W.; Barrett, P. (1993). Mammals of Europe. New Jersey: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-09160-0.
  10. ^ Nweeia, Martin T.; Eichmiller, Frederick C.; Hauschka, Peter V.; Tyler, Ethan; Mead, James G.; Potter, Charles W.; Angnatsiak, David P.; Richard, Pierre R.; dll. (2012). "Vestigial tooth anatomy and tusk nomenclature for Monodon monoceros". The Anatomical Record. 295 (6): 1006–16. doi:10.1002/ar.22449. PMID 22467529. S2CID 22907605.
  11. ^ Nweeia, Martin (20 June 2014). "Narwhal Tusk Research". Narwhal Tusk Research. Narwhal.org. Dicapai pada 20 June 2014.
  12. ^ Novena, Monika (18 Jun 2017). "Terungkap, Alasan Paus "Unicorn" Narwhal Punya Tanduk". KOMPAS. Dicapai pada 6 Februari 2020.
  13. ^ Nweeia MT, dll. (2014). "Sensory ability in the narwhal tooth organ system". The Anatomical Record. 297 (4): 599–617. doi:10.1002/ar.22886. PMID 24639076. S2CID 6028832.
  14. ^ Broad, William (13 December 2005). "It's Sensitive. Really". The New York Times.
  15. ^ Vincent, James (19 March 2014). "Scientists suggest they have the answer to the mystery of the narwhal's tusk". Dicapai pada 31 March 2014.
  16. ^ Nweeia, Martin (20 June 2014). "Narwhal Tusk Research – About the Tusk". Narwhal Tusk Research. Narwhal.org. Dicapai pada 20 June 2014.
  17. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Laidre2004 tidak disediakan
  18. ^ Laidre, K.L. & Heide-Jørgensen, M. P. (2005). "Winter feeding intensity of narwhals". Marine Mammal Science. 21 (1): 45–57. doi:10.1111/j.1748-7692.2005.tb01207.x. S2CID 35707989.
  19. ^ "The Biology and Ecology of Narwhals". National Oceanic and Atmospheric Administration. Dicapai pada 15 Januari 2009.
  20. ^ Bastian, Dawn E.; Mitchell, Judy K. (2004). Handbook of Native American Mythology. ABC-CLIO. m/s. 54–55. ISBN 978-1-85109-533-9.
  21. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Unicorn tidak disediakan
  22. ^ Daston, Lorraine and Park, Katharine (2001). Wonders and the Order of Nature, 1150–1750. New York: Zone Books, ISBN 0-942299-91-4.
  23. ^ Officer, L. H.; Williamson, S. H. (2014). "Purchasing Power of British Pounds from 1270 to Present". MeasuringWorth.