Monumen sejarah (Perancis)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Logo Monument historique, yang berdasarkan kepada Keseliratan Katedral Reims.[1]

Monumen sejarah (Perancis: Monument historique) merupakan tapak warisan negara bagi Republik Perancis. Ia juga merujuk kepada tatacara dalam negeri di Perancis bagi melindungi warisan negara seperti bangunan, bahagian tertentu pada sesebuah bangunan, taman, jambatan atau binaan lain, di mana ia memberi kepentingan kepada warisan budaya dan seni bina Perancis. Binaan–binaan milik pemerintah dan pihak persendirian boleh disenaraikan dalam tatacara ini begitu juga kepada objek–objek yang boleh alih.

Perlindungan[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua kategori untuk perlindungan di bawah "monumen sejarah":[2]

  • Monumen sejarah yang "dikelaskan" (Classement au titre des monuments historiques) merupakan taraf kepentingan kebangsaan untuk sesuatu objek atau bangunan
  • Monumen sejarah yang "didaftarkan" (Inscription au titre des monuments historiques) ialah taraf kepentingan kawasan bagi sesuatu objek atau bangunan. Sebelum ini, ia dikenali sebagai Inventori Tambahan Monumen Sejarah (Inventaire Supplémentaire des Monuments Historiques)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Logo des monuments historiques : le labyrinthe de la cathédrale Notre-Dame de Reims" (dalam bahasa Perancis). Diarkibkan daripada asal pada 16 Disember 2011. 
  2. ^ Jean-Pierre Bady (1998). Les Monuments historiques en France (dalam bahasa Perancis). Presses Universitaires de France. m/s. 26. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]