Pergi ke kandungan

Motobot

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Hacker-Craft 2010 Tiga kokpit Runabout
2004, 22 kaki Spencer Runabout
1928 Chris Craft Cadet
1929 Richardson Croisette, 29 kaki, enjin Chrysler Ace

Motobot adalah perahu yang memiliki enjin. Sesetengah motobot dipasang enjin dalaman, yang lain memiliki enjin sangkut dipasang di bahagian belakang, mengandungi enjin pembakaran dalam, kotak gear dan bilah dalam unit mudah alih.

Enjin dalam/luar mengandungi hibrid janakuasa dan sangkut, di mana enjin pembakaran dalaman dipasang di dalam bot, dan kotak gear dan mata bilah di luar.

Terdapat dua tatarajah dalaman pacuan-v dan pacuan langsung. Pacuan langsung memiliki janakuasa dipasang berhampiran tengah bot dengan gandar kipas lurus kebelakang, di mana pemancu-v memiliki janakuasa dipasang di bahagian belakang bot menghadap kebelakangmemiliki gandar kehadapan bot kemudian membuat pusingan 'V' kearah belakang. Pemancu-v menjadi semakin popular kerana sukan luncur ombak.

Motorbot terdapat dalam banyak saiz dan tatarajah, dari 4-meter, jenis konsol terbuka kepada perahu layar mega mewah berupaya menyeberangi lautan.

Sungguhpun kipas telah dipasang kepada enjin wap seawal abad ke-18 di Birmingham, England oleh James Watt, enjin petrol hanya wujud pada bahagian akhir abad ke-19, yang pada saat itu Frederick William Lanchester menyedari potensi menggabungkan kedua komponen untuk mencipta bot berkuasa sepenuhnya British yang pertama, diuji di Oxford England bot berkuasa lahir. Lewat pada tempoh yang sama nelayan di San Francisco mula menukar bot felucca mereka kepada versi klipper Monterey, juga dikenali tempatan sebagai put-puts.

Lanchester mula mendapati pertelingkahan antara kerjanya sebagai pengurus dan kerja penyelidikannya mengganggu. Dengan itu, pada 1893, dia berhenti dari kedudukannya bagi digantikan oleh adiknyaGeorge. Pada masa yang sama dia menghasilkan enjin kedua yang sama rekabentuknya dengan sebelumnya tetapi menggunakan benzene 800 r.p.m. Bahagian penting enjin barunya adalah karburator revolusinya, bagi mencampurkan bahan api dan udara dengan betul. Rekannya dikenali sebagai kaburator sumbu, kerana bahan api ditarik masuk melalui baris sumbu, di mana dia melowap. Dia mefile paten ciptaannya pada 1905.

Lanchester memasang enjin petrol barunya pada bot lantai leper, dimana enjin memancu menggunakan roda pendayung belakang. Lanchester membina botnya di taman di rumahnya di Olton, Warwickshire. Bot ini dilancarkan di laluan Salter di Oxford pada 1904, dan merupakan motorbot pertama dibina.