Muhamad Faisal Manap

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhamad Faisal bin Abdul Manap

Anggota Parlimen
untuk Divisyen Kaki Bukit, GRC Aljunied
Memegang jawatan
7 Mei 2011
Didahului olehMuhammad Faishal Ibrahim
Butiran peribadi
Lahir (1975-06-06) 6 Jun 1975 (umur 48)
Singapura
KerakyatanMelayu
Parti politikParti Pekerja Singapura
Alma materUniversiti Monash
PekerjaanAhli politik

Muhamad Faisal bin Abdul Manap (lahir 6 Jun 1975) ialah seorang ahli politik Parti Pekerja Singapura (WP) yang berkhidmat sebagai Anggota Parlimen (AP) di Singapura sejak 2011. Beliau merupakan AP untuk kawasan undi GRC Aljunied dan bertanggungjawab atas divisyen Kaki Bukit.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Muhamad Faisal memasuki arena politik semasa pilihan raya umum 2011, bertanding sebagai calon kaum minoriti di GRC Aljunied dengan Parti Pekerja yang terdiri daripada calon-calon terbaik parti itu. Pasukan itu terdiri daripada Setiausaha Agung, AP Low Thia Khiang, Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi Sylvia Lim, Chen Show Mao dan Pritam Singh. Pasukan ini berlawan dengan pasukan PAP yang terdiri daripada Menteri George Yeo, Menteri Negara Lim Hwee Hua, Menteri Negara Zainul Abidin Rasheed, Cynthia Phua Siok Gek dan pegawai perkhidmatan awam Ong Ye Kung. Parti Pekerja memenangi pilihan raya di kawasan ini dengan meraih 54.72% undi dan berjaya menawan Aljunied GRC, sebuah pencapaian terbaik dalam sejarah politik parti pembangkang di Singapura. Faisal diisytiharkan sebagai Anggota Parlimen dalam Parlimen ke-12 Singapura pada 9 Mei 2011.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.elections.gov.sg/gazette%5CG_ParE2011%5C2011-05-09%20Candidates%20declared%20to%20have%20been%20elected.pdf#zoom=100 Singapore Elections Department - Candidates declared to have been elected (2011 Singapore General Election)
  2. ^ http://www.parliament.gov.sg/mp/muhamad-faisal-bin-abdul-manap?viewcv=Muhamad%20Faisal%20Bin%20Abdul%20Manap Diarkibkan 2012-03-20 di Wayback Machine Parliament of Singapore : Member's CV - Mr Muhamad Faisal Bin Abdul Manap

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]