Muhammad Datu' Muda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Muhammad Datu' Muda merupakan seorang pengarang di Malaysia yang mengarang sebuah buku bertajuk ‘It-haf al-Anam bi Zikri Tarikh wa Fadhail Ulama' Islam’.Ulama ini sangat besar pengaruhnya dalam lingkungan ulama tradisional di dunia Melayu.

Buku It-haf al-Anam bi Zikri Tarikh wa Fadhail Ulama' Islam[sunting | sunting sumber]

Di dalam buku tersebut , pendahuluannya disebutkan bahawa ia ditulis di Linggi,Negeri Sembilan pada Februari 1949.

Kandungannya ditulis secara garis besar dalam pendahuluan ‘mengandungi akan sudut tarikh setengah daripada imam besar dan ulama Islam yang terbilang’.

Pada bahagian lain disebutkan metodologi penulisan dibahagi kepada lima bahagian iaitu pertama, Mengani Imam Ulama Fiqh (Fuqaha'); kedua, mengenai Imam Ulama Ushuliddin; ketiga, Imam-Imam Syi'ah; keempat, Isnad dan Rawi Hadis dan kelima ialah rampaian.

Pada bahagian pendahuluan juga disebutkan sumber rujukan antaranya at-Tasyri' al-Islami, Bidayah al-Mujtahid, Majalah Guru, Majalah Nur Islam, dan lain-lain.

Bahagian pertama, Tentang Imam Ulama Fiqh dimulai dengan ulama dalam lingkungan Mazhab Hanafi dan tersenarai di bawahnya 40 ulama lengkap riwayat ringkas, ada yang disebut tahun lahir dan wafat, ada juga hanya riwayatnya saja.

Sesudah itu disebut pula ada tiga orang ulama yang hidup sezaman dengan Imam Abu Hanifah tetapi mereka bukan pengikut mazhab itu.

Ketiga-tiganya tinggal di Kufah dan mereka ialah Muhammad bin 'Abdur Rahman bin Abi Laili, lahir tahun 74 Hijrah, wafat tahun 148 Hijrah; Syuraik bin 'Abdullah an-Nakha'ie, lahir di Bukhara, tahun 95 Hijrah, wafat di Kufah 177 Hijrah dan Sufyan bin Sa'id ats-Tsauri, lahir tahun 97 Hijrah, wafat pada 161 Hijrah.

Ulama dalam lingkungan Mazhab Maliki disenaraikan juga 40 ulama dimulai daripada Imam Malik atau nama lengkapnya Malik bin Anas bin Malik bin Abi 'Amir, dilahirkan di Madinah al-Munawwarah pada 93 Hijrah bersamaan 718 Masihi dan wafat 179 Hijrah.

Senarai itu diakhiri dengan riwayat al-Majisyun atau nama lengkapnya Abu Marwan 'Abdul Mulk bin 'Abdul 'Aziz bin 'Abdullah bin Abi Salamah al-Majisyun, wafat tahun 212 Hijrah.

Di bawah Mazhab Syafi'ie yang disenaraikan ramai ulama, tetapi pada pandangan saya ramai juga yang bukan pengikut Mazhab Syafi'ie.

Ia dimulai dari Imam Syafi'ie sendiri dan ditutup dengan Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri, ulama yang dilahirkan di Bajur, Mesir, pada 1192 Hijrah bersamaan 1783 Masihi dan wafat pada Zulhijjah 1277 Hijrah (Jun 1861 Masihi).