Muhammad Walid Abdul Aziz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Muhammad Walid Abdul Aziz
Mohamed Ould Abdel Aziz 2011 (cropped).jpg
Presiden Mauritania
Memegang jawatan
5 Ogos 2009
Perdana MenteriMoulaye Ould Mohamed Laghdaf
Didahului olehBa Mamadou Mbaré (memangku)
Pengerusi Kesatuan Afrika ke-12
Memegang jawatan
30 Januari 2014
Didahului olehHailemariam Desalegn
Presiden Majlis Tertinggi Negara
memangku Presiden Mauritania
Dalam jawatan
6 Ogos 2008 – 15 April 2009*
memangku
Perdana MenteriMoulaye Ould Mohamed Laghdaf
Didahului olehSidi Ould Cheikh Abdallahi
Digantikan olehBa Mamadou Mbaré (memangku)
Butiran peribadi
Lahir (1956-12-20) 20 Disember 1956 (umur 62)
Akjoujt, Afrika Barat Perancis
(kini Mauritania)
Parti politikKesatuan untuk Republik
Alma materRoyal Military Academy of Meknes
Perkhidmatan ketenteraan
Kesetiaan Mauritania
Perkhidmatan/
cawangan
Tentera Darat Mauritania
Tahun perkhidmatan1977–2009
PangkatBrigedier Jeneral

Muhammad Walid Abdul Aziz (Bahasa Arab: محمد ولد عبد العزيز‎), juga ditansliterasi Mohamed Ould Abdel Aziz (lahir 20 Disember 1956[1]) ialah Presiden Mauritania sejak 2009. Seorang pegawai tentera berpangkat tinggi, beliau ialah seorang tokoh utama dalam rampasan kuasa Ogos 2005 yang menggulingkan Presiden Maaouya Ould Sid'Ahmed Taya. Pada Ogos 2008 beliau mengetuai satu lagi rampasan kuasa, kali ini menggulingkan Presiden Sidi Ould Cheikh Abdallahi. Selepas itu, beliau menjadi Presiden Majlis Tertinggi Negara sebagai apa yang dikatakan peralihan politik ke arah pilihan raya baharu.[2] Beliau meletak jawatan tersebut pada April 2009 bagi menjadi calon pilihan raya presiden, yang dimenanginya. Beliau mengangkat sumpah pada 5 Ogos 2009.[3] Beliau terpilih semula pada Jun 2014, dalam pilihan raya yang diboikot oleh ramai pembangkang.[4]

Sejak Januari 2014, Muhammad Walid juga telah menjadi Pengerusi Kesatuan Afrika.

Rujukan[sunting | sunting sumber]