Musa al-Nuwayri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Musa Al-Nuwayri atau nama sebenar beliau Ahmad Musa Al-Nuwayri bin Kamaruzaman merupakan seorang anak muda yang aktif dalam dunia kemanusiaan. Beliau juga dikenali sebagai sukarelawan dalam kerja-kerja kemasyarakatan di Malaysia & luar negara. Hasil perkahwinan Professor Kamaruzaman bin Yusoff dan Puan Zuryati binti Yasin, maka pada tanggal 28hb April 1994 telah lahir Ahmad Musa di Edinburgh, Scotland. Pada ketika itu ayah beliau sedang melanjutkan pelajaran PHD di sana. Beliau juga merupakan anak kelima daripada lapan orang adik beradik.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan 3, Bandar Baru Bangi, Selangor serta Maahad Muhammadi Lelaki di Kota Bharu, Kelantan. Kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam Sarjana Muda Syariah di Universiti Al-albayt, Jordan. Sewaktu di zaman universiti, Ahmad Musa telah memulakan kariernya dalam dunia kemanusiaan apabila telah berjaya membantu pelarian syria di Jordan.

Beliau meletakkan moto Your Help Their Future sebagai moto kehidupan lebih-lebih lagi di dalam dunia kemanusiaan dan kepimpinan. Beliau berpandangan bahawa setiap perkara perlu dilaksanakan dengan sebaiknya sehingga ke akhir hayat.

Kerja Kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Beliau kini giat meneruskan usaha-usaha untuk membantu nasib rakyat Syria, Palestin dan beberapa buah negara yang lain dengan mewujudkan beberapa buah sekolah di Syria, Turki dan Malaysia. Beliau juga percaya dengan wujudnya sistem pendidikan ini dapat memberikan peluang yang besar kepada mereka.

Beliau dikenali sebagai anak muda yang mempunyai Misi yang jelas untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Ahmad Musa juga sering dijemput berucap dan berkongsi buah fikiran di dalam negara menerusi persidangan-persidangan serta perbincangan meja bulat.

Atas kejayaan mengasaskan beberapa inisiatif dalam misi kemanusiaan ini, beliau telah diberi pengiktirafan apabila telah di temu ramah oleh Syarikat British Publish House untuk penerbitan buku encyclopedia yang bertajuk  ”Successful People In Malaysia & Singapore.

Seperti sedia maklum, kekanda kepada Ahmad Musa juga bergiat aktif dalam dunia kemanusiaan dan nama beliau tidak asing lagi, iaitu Muhammad Nadir Al-Nuri bin Kamaruzaman (Nadir Al-Nuri) seorang aktivis kemanusiaan Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Palestin. Beliau merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif kepada pertubuhan bukan kerajaan yang dipanggil Persatuan Cinta Gaza Malaysia (CGM). Pada tahun 2021, beliau turut menjadi pengasas bersama pertubuhan MyAqsa Defenders.

Anugerah & Pengiktirafan[sunting | sunting sumber]

  • Successfull People In Malaysia and Singapore.
  • Anugerah Buku Negara 2017 - Kategori Anugerah Industri Buku (Novel Kemanusiaan Terbaik).

Aktivis Kemanusiaan & Kemasyarakatan[sunting | sunting sumber]

  • Ketua Pegawai Strategik - Persatuan Cinta Syria Malaysia
  • Supreme Council , My Aqsa Defender Capital - Director
  • Pertubuhan Pembela Al Aqsa Malaysia - Ahli Jawatankuasa
  • Sekolah KITA III - Board of Director

Projek Kemanusiaan Malaysia - Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

  • Sekolah KITA I, Mafraq, Jordan
  • Sekolah KITA II, Afrin, Syria
  • Sekolah KITA III, Bangi, Malaysia
  • Ruang KITA (Sekolah Kabin), Mafraq, Jordan
  • Medical Village, Beqaa, Lubnan
  • My Syria Kampung KITA, Tal Abyad, Utara Syria
  • Solar Untuk Suria, Beqaa Bar Elias, Lubnan
  • My Syria Water Project, Tal Abyad, Tukri-Syria
  • Medical Village Clinic, Beqaa Valley, Lubnan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Musa Al-Nuwayri (2016). Lelaki Terakhir Menangis Di Bumi. Bangi: Cinta Syria Malaysia. ISBN-13: 978-967-0723-47-1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Berita Harian, 13 Februari 2018, CSM tubuh pusat bimbingan bantu kanak-kanak Syria
  2. Getaran News, 25 April 2022, Penglibatan Artis Dalam Aktiviti Kemanusiaan, Dapat Salur Maklumat Tepat .
  3. UUM Today, Noh Hujan dan Musa Nuwayri kongsi pengalaman misi kemanusiaan
  4. Kosmo, Nurul Izzati Zain, 24 Februari 2023, Gempa Turkiye: Mangsa kelaparan tunggu makanan tiba