Musuh negara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Musuh negara ialah seseorang yang melakukan sesuatu yang menyebabkan negara mengalami kerugian / kerosakan seperti negara dipencilkan, dikenakan sekatan ekonomi, atau diselar oleh negara-negara asing. Musuh negara boleh datangnya dari luar atau rakyat dalam negara itu sendiri yang bertindak bagi pihak asing atau bagi kepentingan diri sendiri.

Musuh negara dari dalam dituduh melakukan jenayah terhadap negara, seperti pengkhianatan. Sebaliknya tindakan menggambarkan seseorang sebagai musuh negara kadang kalanya merupakan satu jenis penindasan politik. Misalnya, rejim autoritarian mungkin menggunakan alasan keselamatan negara untuk menggambarkan anasir penentang sebagai "musuh negara". Dalam kes-kes lain, individu yang terbabit mungkin telah membahayakan negara atau/dan penduduknya.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Justin Raimondo, An Enemy of the State:The Life of Murray N. Rothbard, Prometheus Books, 2000, ISBN 1615922393
  2. Bill Lueders, An Enemy of the State: The Life of Erwin Knoll, Common Courage Press, 1996, ISBN 1567510981