Muwatta Imam Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Al-Muwatta (Arab:الموطاء) adalah sebuah kitab yang menggabungkan ilmu hadis dan ilmu fikah. Kitab ini merupakan karya agung yang telah dihasilkan oleh Imam Malik bin Anas RH. Karya ini memiliki banyak keistimewaan kerana kitab ini disusun berpandukan Al-Quran, hadis dan fatwa para sahabat Nabi Muhammad SAW

Deskripsi[sunting | sunting sumber]

Adapun latar belakang penamaan ini adalah sebagaimana yang diucapkan oleh Imam Malik sendiri : “Aku perlihatkan kitabku ini kepada 70 orang di antara ahli fiqih Madinah. Ternyata mereka menyetujuinya. Karena itu aku beri nama Al-Muwatta (yang disetujui).” (Aujazul Masalik I:37).

Imam Syafii menyifatkan kitab Al-Muwatta : Tidak ada satu kitab pun di atas muka bumi ini yang lebih banyak kebenarannya dari kitab Al-Muwatta Imam Malik.

Imam Nawawi menceritakan pendapat yang tersebut di atas kemudian ia menambahkan kata-katanya : Ulama berkata, Imam Syafi’i berkata demikian sebelum ada kitab Sahih Bukhari dan Muslim dan kedua-dua kitab ini lebih sahih dari kitab Al-Muwatta menurut kesepakatan seluruh para ulama.

Sejarah dan Pembahagian[sunting | sunting sumber]

Sejarah penulisan kitab ini bermula apabila Khalifah Abu Jaafar al-Mansur meminta Imam Malik menghasilkan sebuah kitab supaya boleh dijadikan sebagai rujukan. Peristiwa itu berlaku ketika musim haji. Penghasilan kitab ini dilakukan selama 40 tahun. Beliau menghabiskan masa usia 40 tahunnya dengan mengumpul serta menyaring hadis-hadis yang diterima daripada guru-gurunya. Beliau telah menghafal 100,000 buah hadis dan daripada hadis-hadis tersebut setelah diteliti, hanya 10,000 hadis yang diakui sah. Setelah itu, Imam Malik menyaring lagi sehingga hanya tinggal lagi 5,000 hadis yang benar-benar diterimanya sebagai hadis daripada Nabi Muhammad SAW. Akhirnya, selepas beberpa saringan, cuma tinggal 1,720 hadis yang dimuatkan dalam kitab Al-Muwattak.

Daripada 1 720 buah hadis tersebut, dapatlah dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu:

  • 600 hadis marfu' (مرفوع)
  • 613 hadis mauquf (موقوف)
  • 285 hadis maqtu' (مقطوء)
  • 222 hadis mursal (مرسل))

Syarah Muwatta[sunting | sunting sumber]

Di antara kitab Syarah Muwatta yang penting adalah :

1. Al-Istidzkar fi Syarhi Madzahibi Ulama' al-Amshar 2. At-Tamhid lima fi al-Muwaththa' min al-Ma'ani wa al-Asanid. Kedua kitab ini karya Imam Ibnu Abdil Baar (wafat pada tahun 463 H) telah dicetak di Maghribi sebanyak 24 jilid.

3. Al-Musaffa Sharh al-Muwatta oleh Shah Waliullah Dehlawi yang ditulis dalam bahasa Parsi dan beliau juga menulis ulasan lain dalam bahasa Urdu.

4. Awjāz-ul-Masālik ilá Muwattā' Imām Mālik yang ditulis oleh ulama Deobandi iaitu Shaikul Hadis Maulana Muhammad Zakariya al-Kandahlawi. Beliau telah memulakan usaha mensyarahkan kitab ini pada tahun 1927 ketika berada di Madinah pada usia 29 tahun.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.