Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari NASA)
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan
ڤنتدبيرن اءيروناءوتيک دان اڠکاس لڤس کبڠساءن اميريک
National Aeronautics and Space Administration
NASA seal.svg
Cap mohor
NASA logo.svg
Flag of the United States National Aeronautics and Space Administration.svg
Bendera
Gambaran keseluruhan
Dibentuk29 Julai 1958; 63 tahun yang lalu (1958-07-29)
Agensi terdahulu
  • NACA (1915 – 1958)[1]
Di bawah bidang kuasa
Pemerintah Persekutuan Amerika Syarikat
Ibu pejabatTwo Independence Square, Washington, D.C.,
Amerika Syarikat
38°52′59″N 77°0′59″W / 38.88306°N 77.01639°W / 38.88306; -77.01639Koordinat: 38°52′59″N 77°0′59″W / 38.88306°N 77.01639°W / 38.88306; -77.01639
MotoFor the Benefit of All (Untuk Manfaat Semua)[2]
Kakitangan17,219 (2019)[3]
Belanjawan tahunan AS$21.5 bilion (2019)[4]
Eksekutif agensi
  • Bill Nelson, Pentadbir
  • Pamela Melroy, Timbalan Pentadbir
Laman web rasmiwww.nasa.gov

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (Jawi: ڤنتدبيرن اءيروناءوتيک دان اڠکاس لڤس کبڠساءن اميريک) atau singkatannya NASA (Jawi: ناسا) merupakan badan pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab mengelola dan mentadbir program angkasa lepas dijalankan di negara tersebut. Badan ini ditubuhkan pada 29 Julai 1958 hasil pelaksanaan Akta Aeronautik dan Angkasa Lepas.[5] Perbelanjaan tahunan bagi tahun fiskal 2007 (FY2007) berjumlah AS$ 16.8 bilion.[6] NASA secara umumnya dirujuk sebagai agensi angkasa lepas yang terulung diseluruh dunia, walaupun kebanyakan teknologinya (seperti kapal angkasa bolak balik) tidaklah baru mahupun "berteknologi tinggi".

Selain dari program angkasa lepas, NASA juga bertanggungjawab terhadap penyelidikan aeroangkasa ketenteraan dan awam jangka panjang. Sejak Februari 2006, kenyataan misi NASA ialah "merintis masa depan dalan penjelajahan angkasa lepas, penemuan saintifik dan penyelidikan aeronautik."[7] Moto badan ini ialah per aspera ad astra, suatu ungkapan bahasa Latin yang bermaksud "menuju ke bintang melalui kesukaran."

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Logo "ulat" NASA telah digunakan sehingga 1992.

Perlumbaan Angkasa[sunting | sunting sumber]

Berikutan pelancaran program angkasa Soviet melalui satelit buatan manusia dunia yang pertama (Sputnik 1) pada 4 Oktober 1957, perhatian Amerika Syarikat tertumpu ke arah usaha-usaha angkasa lepas mereka sendiri. Kongres negara tersebut merasakan bahawa penemuan baru dalam projek tersebut mampu mendatangkan ancaman kepada kepimpinan keselamatan dan teknologi mereka (dikenali sebagai "Krisis Sputnik") lalu ahli-ahlinya menggesa tindakan segera dilakukan; Presiden Dwight D. Eisenhower serta para penasihatnya pula memberi perhatian terhadap tindakan yang lebih drastik. Perdebatan yang berlangsung selama beberapa bulan membuahkan ilham perlunya suatu agensi persekutuan bagi mengendalikan kegiatan bukan ketenteraan negara ini di angkasa lepas.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ US Centennial of Flight Commission, NACA. centennialofflight.net. Retrieved on November 3, 2011.
  2. ^ Lale Tayla; Figen Bingul (2007). "NASA stands 'for the benefit of all.'—Interview with NASA's Dr. Süleyman Gokoglu". The Light Millennium. Dicapai pada September 17, 2018. Unknown parameter |last-author-amp= ignored (bantuan)
  3. ^ "Workforce Profile". NASA. Dicapai pada April 23, 2018.
  4. ^ Casey Dreier (February 15, 2019). "NASA just got its best budget in a decade". The Planetary Society. Dicapai pada February 15, 2019.
  5. ^ National Aeronautics and Space Act, 29 Julai 1958.
  6. ^ 2007 budget (2007)
  7. ^ What does NASA do?, 8 Januari 2007

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikisource