My Lai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta My Lai yang digunakan semasa insiden Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai
Rumah terbakar di My Lai, 16 Mac 1968

My Lai adalah kumpulan empat buah pedukuhan kecil dikaitkan dengan perkampungan Song My, Daerah Son Tinh, Vietnam. Perkampungan My Lai 4 (ataupun My Lai IV) merupakan tapak Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai pada 16 Mac 1968. Perkampungan My Lai berdekatan dengan kawasan pendaratan “LZ Pinkville” dan adalah 4 ataupun 5 km di selatan “LZ Uptight”.

Song My (Sơn Mỹ) adalah perkumpulan sembilan buah kampung-kampung kecil di Daerah Son Tinh, Wilayah Quang Ngai, Vietnam. Terdapat empat perkampungan di kawasan tersebut yang dipanggil dukuh My Lai, Co Luy, My Khe dan Tu Cung.[1]

Song My, terutamanya My Lai, adalah tapak Pembunuhan Beramai-ramai di My Lai oleh Tentera Amerika Syarikat pada 16 Mac 1968. Media Vietnam turut merujuk peristiwa ini sebagai "pembunuhan beramai-ramai Song My". Di Tu Cung terdapat tugu peringatan bagi memperingati peristiwa ini.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Oliver, Kendrick, The My Lai Massacre in American History And Memory, 2006, m/s. 192
  2. ^ "Commemorating victims of Son My massacre" VOV News, 13 Mac 2012.