My Little Pony: Friendship Is Magic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
"FiM" dilencongkan ke sini. Untuk kegunaan lain, sila lihat FIM.
Rencana ini ialah mengenai siri televisyen. Untuk episod perintis siri berkenaan, sila lihat My Little Pony: Friendship Is Magic (musim 1). Untuk buku komik, sila lihat My Little Pony: Friendship Is Magic (buku komik). Untuk permainan video, sila lihat My Little Pony: Friendship Is Magic (permainan video).
My Little Pony: Friendship Is Magic
Genre
Dibangunkan oleh
Lauren Faust
Pengarah
  • Denny Lu (setengah kedua bagi musim 5–sekarang)
  • Jayson Thiessen (musim 5)
  • Jim Miller (musim 4–sekarang)
  • James Wootton (musim 1–3)
Pelakon suara
Penggubah lagu tema
Daniel Ingram
Lagu pembukaan"Friendship Is Magic"[1]
Lagu penutup"Friendship Is Magic" (instrumental)
Penggubah
Negara asal
  • Amerika Syarikat
  • Kanada
BahasaInggeris
Bilangan musim8
Bilangan episod179 (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Lauren Faust
  • Chris Bartleman
  • Blair Peters
  • Kirsten Newlands
  • Beth Stevenson
  • Stephen Davis
  • Meghan McCarthy
  • Jayson Thiessen
Penerbit
  • Sarah Wall
  • Devon Cody
Tempoh siaran22 minit
Syarikat penerbitan
Penyiaran
Saluran asalHub Network (2010–2014)
Discovery Family (2014–sekarang)
Format gambar
Format audio
Siaran asal10 Oktober 2010 (2010-10-10) – sekarang
Kronologi
Mengikuti
Pautan luar
Laman sesawang
Tapak sesawang penerbitan

My Little Pony: Friendship Is Magic ialah sebuah siri animasi televisyen kanak-kanak yang diterbitkan oleh Hasbro Studios dan DHX Media Vancouver. Siri ini berdasarkan keluaran mainan dan karya animasi My Little Pony oleh Hasbro dan kerap dirujuk oleh para pengumpul sebagai generasi keempat atau "G4" bagi francais My Little Pony. Siri ini disiarkan pertama kali pada 10 Oktober 2010 di saluran kabel The Hub. Hasbro memilih juruanimasi Lauren Faust sebagai pengarah kreatif dan penerbit eksekutif untuk rancangan ini. Faust ingin mencabar sifat dasar yang sudah wujud bagi My Little Pony dengan mewujudkan lebih watak berkedalaman dan latar yang lebih bersifat pengembaraan.

Rancangan televisyen ini mengikuti seekor poni unikorn yang rajin yang bernama Twilight Sparkle sambil dibimbing oleh pengajarnya Princes Celestia untuk mempelajari persahabatan di bandar Ponyville. Twilight menjadi sahabat rapat dengan lima ekor poni lain: Apllejack, Rarity, Fluttershy, Rainbow Dash, dan Pinkie Pie. Setiap ekor poni mewakili aspek persahabatan yang berlainan, dan Twilight menemui bahawa dirinya sendiri merupakan sebahagian penting kepada artifak magis yang dikenali sebagai "Elemen Harmoni". Poni-poni berkenaan mengembara dan membantu yang lain di sekitar Equestria sementara menyelesaikan masalah yang bangkit dalam persahabatan mereka.

Siri ini telah berjaya dengan besar secara komersial, menjadi terbitan asli paling terkadar dalam sejarah penyiaran The Hub Network dan membawa kepada peluang pembarangan baharu untuk Hasbro, termasuk buku, pakaian, kad pertukaran boleh kumpul, dan komik. Sungguhpun kelompok sasaran merupakan kanak-kanak perempuan, Friendship Is Magic juga telah mendapat ikutan penonton lebih tua, terutamanya lelaki muda dan berumur pertengahan, yang mengenali diri mereka sebagai "brony". Sesetengah bahagian daripada rancangan televisyen ini telah menjadi sebahagian daripada budaya remix, dan telah membentuk asas kepada pelbagai meme Internet. Sebuah siri filem cetera terbitan turunan, My Little Pony: Equestria Girls, telah dibikin dan ditayangkan di pawagam-pawagam secara terhad sebelum penyiaran televisyen dan pengeluaran media rumah. Sebauh filem cetera yang terus berdasarkan siri ini, dan terpisah daripada jenama Equestria Girls, telah diumumkan untuk keluaran di pawagam pada 3 November 2017.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Daniel Ingram merupakan penggubah utama untuk episod-episod "Magical Mystery Cure" dan "Pinkie Pride" pada Musim 4.
  2. ^ Steffan Andrews merupakan penggubah utama untuk episod-episod "Magical Mystery Cure" dan "Pinkie Pride" pada Musim 4.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ingram, Daniel [Dannyimusic] (4 Januari 2012). "Jordan Olling ▶ Daniel Ingram - Composer/Songwriter". Facebook. Dicapai 25 Januari 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]