Nabi Tajima

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nabi Tajima
田島 ナビ
Kelahiran(1900-08-04)4 Ogos 1900
Kampung Wan, Kagoshima, Jepun
(kini Kikai, Kagoshima, Jepun)
Meninggal dunia21 April 2018
(umur 117 tahun, 260 hari)
Kikai, Jepun
Terkenal kerana
  • Orang hidup tertua (dari 16 September 2017 sehingga 21 April 2018)
  • Orang Asia paling tua yang disahkan
  • Orang kelahiran abad-ke-19 yang hidup
PasanganTominishi Tajima
Anak9

Nabi Tajima (田島 ナビ, Tajima Nabi, 4 Ogos 1900 – 21 April 2018)[1][2][3] merupakan seorang supersentenaria Jepun,[4] yang menjadi orang kelahiran abad ke-19 yang terakhir hidup dan orang hidup tertua dari 15 September 2017 sehingga kematiannya. Beliau turut menjadi orang Asia dan Jepun paling tua direkodkan dalam sejarah dan yang ketiga tertua di dunia yang disahkan oleh standard moden, di belakang Jeanne Calment dan Sarah Knauss.[5]

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Tajima dilahirkan di Araki, sebahagian Pulau Kikaijima. Dari Februari 2002 sehingga kematiannya, beliau tinggal dia pusat penjagaan "Kikaien" (喜界園) di Kikai, Kagoshima.[6]

Menurut beberapa sumber, suami beliau, Tominishi Tajima (田島 富二子), meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 95 tahun,[7] dan sumber lain menyatakan Tominishi meninggal dunia di antara tahun 1992 dan 1993.[8] Beliau mempunyai sembilan orang anak (tujuh orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan).[7] Pada September 2017, beliau dilaporkan mempunyai 160 orang keturunan.[6]

Umur panjang[sunting | sunting sumber]

Tajima menjadi orang hidup tertua di Jepun pada 27 September 2015, setelah kematian seorang wanita tidak dikenali berusia 115 tahun yang tinggal di Tokyo.[9] Violet Brown meninggal dunia pada 15 September 2017 di Jamaica (UTC-5). Di Jepun, di mana Tajima tinggal, hari trersebut telah memasuki 16 September 2017 (JST), dan Tajima menjadi orang hidup tertua di dunia dan orang kelahiran abad ke-19 terakhir yang hidup.[10] Pada 10 April 2018, Nabi Tajima menjadi orang ketiga tertua melepasi usia Lucy Hannah.[5] Terdapat individu lain yang mendakwa lebih tua, namun tiada satu pun dakwaan ini disahkan.

Tajima berkata umur yang panjang disebabkan tidur nyenyak dan makan makanan yang sedap.[11]

Kematian[sunting | sunting sumber]

Tajima meninggal dunia pada 21 April 2018 di Kikai, Kagoshima di usia 117 tahun, 260 hari.[12] Selepas kematian Tajima, Chiyo Miyako dari Yokohama, Jepun, menjadi orang hidup tertua di dunia.[13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Schumann, Rebecka (9 June 2014). "Misao Okawa, The World's Oldest Woman, And 39 Other Female Supercentenarians". International Business Times. Dicapai pada 7 July 2015.
  2. ^ "Worlds oldest age 117-year-old Tashima Navi died".
  3. ^ Guinness World Records 2015. Guinness World Records. 11 September 2014. m/s. 77. ISBN 978-1-9088-4370-8.
  4. ^ 世界最高齢、117歳女性死去=最後の1800年代生まれ-伊 (Jepun)
  5. ^ a b "Japanese woman becomes 3rd oldest person in history". BNO News. 9 April 2018. Dicapai pada 10 April 2018.
  6. ^ a b 117歳 世界一へ県民栄誉検討 田島ナビさんを知事訪問 鹿児島県喜界町 (Jepun)
  7. ^ a b "「ナビばあちゃんちばりよー」/喜界町の田島さんに県祝い状" ["Grandma Nabi" - Kikai City holds provincial celebration for Mrs. Tajima] (dalam bahasa Japanese). 16 September 2015. Dicapai pada 25 November 2015.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  8. ^ 子孫140人…発酵飲料好み、よく食べ 国内最高齢117歳の田島ナビさん (Jepun)
  9. ^ "国内最高齢の115歳女性が死去" [Oldest Person in Japan 115yo Woman Dies] (dalam bahasa Japanese). 28 September 2015. Diarkib daripada yang asal pada 28 September 2015. Dicapai pada 30 September 2015.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)
  10. ^ World’s oldest person dies, giving title to Japanese supercentenarian
  11. ^ "Japanese woman becomes 5th oldest person in history". BNO News. 10 February 2018. Diarkib daripada yang asal pada 10 February 2018. Dicapai pada 23 February 2018.
  12. ^ Giappone, morta nonna Nabi Tajima: era la più vecchia del mondo (Itali)
  13. ^ "World's oldest person dies in Japan at age 117". CBS NEWS.