Nabisco

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nabisco
Subsidiari Kraft Foods
IndustriPemprosesan makanan
DitubuhkanEast Hanover, New Jersey A.S. (1898)
Ibu pejabatHanover, New Jersey, A.S.
KeluaranBiskut, biskut tawar
Laman sesawang rasmi
www.nabisco.com

Nabisco (pada asalnya dikenali sebagai National Biscuit Company) ialah jenama biskut dan snek Amerika Syarikat. Beribupejabat di East Hanover, New Jersey, syarikat ini merupakan anak syarikat (subsidiari) kepada Kraft Foods yang bertapak di Illinois. Kilang Nabisco di Chicago, kemudahan pengeluaran seluas 1.8 juta-kaki-persegi di 7300 S. Kedzie Avenue, merupakan kilang roti terbesar di dunia, menggajikan lebih 1,500 pekerja dan menghasilkan 320 juta paun makanan ringan setap tahun.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

  • 1792 - Pearson & Sons Bakery dibuka di Massachusetts. Mereka menghasilkan biskut yang dikenali sebagai roti jurumudi ("pilot bread") yang dimakan dalam pelayaran jarak jauh.
  • 1801 - Josiah Bent Bakery pertama kali mencipta istilah 'crackers' bagi biskut rangup yang mereka hasilkan.
  • 1889 - William Moore mengambil alih Pearson & Sons Bakery, Josiah Bent Bakery, dan enam kedai roti lain bagi memulakan Syarikat New York Biscuit.
  • 1890 - Adolphus Green memulakan Syarikat American Biscuit & Manufacturing selepas mengambil alih empat puluh kedai roti yang lain.
  • 1898 - William Moore dan Adolphus Green bergabung bagi membentuk Syarikat National Biscuit. Adolphus Green merupakan presiden.
  • 1900 - Nabisco Memproduksi Anola Wafers
  • 1901 - Jenama Nabisco pertama kali digunakan sebagai sebahagian nama bagi wafer gula.
  • 1902 - Nabisco Memproduksi Barnum Animal Crackers
  • 1912 - Nabisco Memproduksi Lorna Doone
  • 1912 - Nabisco Memproduksi Oreo
  • 1924 - Nabisco Memproduksi Famous Chocolate Wafers
  • 1934 - Nabisco Memproduksi Ritz
  • 1971 - Nabisco menjadi nama korporate.
  • 1981 - Nabisco bergabung dengan Standard Brands.
  • 1985 - Nabisco Brands bergabung dengan R.J. Reynolds
  • 1993 - Kraft General Foods mengambil alih NABISCO cereal sedia dimakan sejuk dari RJR Nabisco.
  • 2000 - Philip Morris Companies, Inc. mengambil alih Nabisco dan bergabung dengan Kraft Foods, Inc.

Arti Logo Nabisco[sunting | sunting sumber]

  • Segitiga Merah:Melambangkan Sifat Kepercayaan
  • Antena:Melambangkan Sifat Kebangaan
  • Lingkaran Lonjong:Melambangkan Sifat Kebenaran
  • Segitiga Putih:Melambangkan Sifat Keberhasilan

Produk[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]