Nang Chayang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Nang Chayang atau juga dikenali sebagai “Neing Chaiya” merupakan isteri kepada Raja Loyor, pemerintah Jembal, Kelantan. Beliau dikatakan bekas raja perempuan Patani yang melarikan diri kerana serangan Siam.

Dari perkahwinannya dengan Raja Loyor, baginda dikatakan telah mendapat seorang puteri yang dikenali sebagai Puteri Saadong.

Beliau dimakamkan di Kampung Panji, Kemumim, Kota Bharu, Kelantan. Batu nesannya menyerupai batu-batu nesan Acheh dan juga kerajaan Melayu Beruas yang biasa digunakan bagi makam sekitar abad ke-15 hingga abad ke-17.