Pergi ke kandungan

Nat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Patung-patung mewakili nat di sebuah kuil Burma

Nat (နတ်; MLCTS: nat; IPA: [naʔ]) ialah roh atau semangat disembah di Myanmar menerapkan unsur-unsur Buddhisme. Ia lebih dipercayai dalam kalangan warga pedalaman berbanding warga kota Myanmar lagi-lagi dalam kalangan masyarakat Bamar yang beranutan Buddha Theravāda.

Terdapat sebanyajk 37 nat yang disembah terdiri daripada roh-roh manusia yang meninggal dalam keadaan yang mengerikan atau "hijau/mentah" (စိမ်းသေ sein se), manakala selebihnya merupakan semangat alam sekitar seperti pokok dan air. Nat-nat ini boleh dikhususkan para penyembahnya kepada ciri, tujuan dan tempat tertentu.

Terdapat dua kelas "nat" ini:[1]

  • nat yang berpangkat roh diberi nama auk nat (အောက်နတ်),
  • nat berpangkat dewa yang dipercayai menghuni enam buah syurga dinamakan ahtet nat (အထက်နတ်)
  1. Braun, Kelly (15 Januari 2001). "Syncretism in Burma and Thailand" (dalam bahasa Inggeris). Axis Mundi, Universiti Alberta. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2007. Dicapai pada 15 September 2008.
  • 'King Mae Ku: From Lan Na Monarch to Burmese Nat', in: Forbes, Andrew, and Henley, David, Ancient Chiang Mai Volume 1. Chiang Mai, Cognoscenti Books, 2012.
  • Salek, Kira (May 2006). "Myanmar's River of Spirits". National Geographic Magazine. m/s. 136–157.
  • U Kyaw Tun; dll. (15 Januari 2005). "Nat in My Classroom!". Tun Institute of Learning. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 3 Julai 2006.
  • Temple, R.C. (1906). The Thirty-seven Nats-A Phase of Spirit-Worship prevailing in Burma.
  • Hla Tha Mein

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]