Roh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam kebanyakan agama, roh dianggap bahagian makhluk yang bukan badan padu. Dengan kata lain, ia sama seperti perkara ghaib yang lain seperti semangat dan hantu. Apabila seseorang hidup, ia memiliki roh dalamnya. Mati adalah apabila roh bercerai dari tubuh.

Sesetengah orang mempercayai bahawa tanpa tubuh, roh masih boleh wujud di dunia dan di tempat seperti syurga atau neraka. Sesetengah orang percaya bahawa roh boleh berhubung dengan manusia, atau mengubah perkara di dunia. Kebanyakan agama melarang berhubung dengan roh sebegitu dengan apa cara jua, tetapi sesetengah darinya memasukkan hal ini dalam amalan mereka seperti kepercayaan nenek moyang.