Nathan Söderblom

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lars Olof Jonathan Söderblom
Kelahiran15 Januari 1866
Trönö, Sweden
Meninggal dunia12 Julai 1931(1931-07-12) (umur 65)
Uppsala, Sweden
PekerjaanPaderi
AnugerahHadiah Keamanan Nobel, 1930

Lars Olof Jonathan Söderblom (sebutan Sweden: [ˈnɑːtan ˈsøːdɛrblʊm]) (15 Januari 1866 – 12 Julai 1931) merupakan paderi dari Sweden. Beliau merupakan Ketua Biskop Uppsala Gereja Sweden dari tahun 1914 sehingga 1931,[1] dan menerima Hadiah Keamanan Nobel 1930.

Biografi[sunting | sunting sumber]

Söderblom di lahirkan di sebuah kampung, Trönö, (kini, Söderhamn Municipality, daerah Gävleborg). Bapa beliau merupakan seorang paderi.

Beliau mendaftar di Universiti Uppsala pada tahun 1883. Pada mulanya beliau tidak yakin apa yang hendak dipelajari, namun akhirnya beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah bapanya menjadi paderi.Sekembalinya beliau dari Amerika Syarikat, beliau diangkat menjadi paderi pada tahun 1893.

Pada tahun 1892 dan 1893, Söderblom menjadi Timbalan Presiden dan Presiden Kesatuan Pelajar Uppsala yang pertama.

Pada tahun 1912, beliau menjadi professor pengajian agama di Universiti Leipzig. Pada tahun 1914, beliau dipilih menjadi Ketua Biskop Uppsala, iaitu ketua Gereja Sweden. Semasa Perang Dunia Pertama. beliau memanggil kesemua pemimpin Kristian untuk bekerja demi keamanan dan keadilan.

Beliau juga merupakan paderi di gereja yang selalu dikunjungi oleh Alfred Nobel dan beliau dihadiahkan Hadiah Keamanan Nobel pada tahun 1930.

Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1931 di Uppsala, Sweden.

Bacaan tambahan[sunting | sunting sumber]

  • Dietz Lange, Nathan Söderblom und seine Zeit, Göttingen 2011
  • Klas Hansson, Nathan Söderblom's ecumenical cope. A visualization of a theological and ecumenical concept. Studia Theologica - Nordic Journal of Theology, vol 66, issue 1, 2012
  • Jonas Jonson, Nathan Söderblom: called to serve. Translated from Swedish by Norman A. Hjelm. Grand Rapids: Eerdmans 2016.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Religious Organizations" (dalam bahasa Swedish). World Statesmen. Dicapai pada 22 December 2014.CS1 maint: unrecognized language (link)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]