Nazli Sabri
Nazli Sabri | |
---|---|
Permaisuri Raja Mesir | |
Periode | 20 Mei 1919 – 28 April 1936 |
Keputeraan | Iskandariah, Mesir | 25 Jun 1894
Kemangkatan | 29 Mei 1978 Los Angeles, Amerika | (umur 83)
Pasangan | Khalil Sabri Fuad I, Raja Mesir |
Anakanda | Raja Farouk I Fawzia Puteri Mesir Faiza Puteri Mesir Faika Puteri Mesir Fathia Puteri Mesir |
Ayahanda | Abdur Rahim Sabri Pasha |
Bonda | Tawfika Khanum Sharif |
Agama | Gereja Roman Katolik |
Nazli Sabri (Nazli Sabri Pasha; lahir 25 Jun 1894 – meninggal 29 Mei 1978 pada umur 83 tahun) adalah Ratu Mesir dari 1919 sampai 1936, dia adala isteri kedua dari Fuad I, Raja Mesir.
Kelahiran dan kehidupan awal
[sunting | sunting sumber]Nazli dilahirkan dalam sebuah keluarga yang kaya di Mesir pada 25 Jun 1894.[1] Dia adalah anak perempuan dari Abdur Rahim Sabri Pasha dan Tawfika Khanum Sharif. Serta boleh bertutur dengan fasih dalam bahasa Arab, bahasa Itali, bahasa Perancis dan bahasa Inggeris.[2]
Fuad I melihat Nazli Sabri pada sebuah acara pementasan opera[3] dan berkahwin pada 1919. Nazli adalah isteri kedua sang raja. Selepas kewafatan suaminya maka anak lelakinya, Farouk I menjadi raja pada 1936.[4] Ketika itu, Pasangan itu mempunyai lima orang anak lelaki dan empat belas cucu.
Selepas pengasingannya di Amerika pada tahun 1950, beliau memeluk agama Nasrani Katolik dengan anak bongsunyadan Fathia Puteri Mesir, menukar namanya kepada Mary Elizabeth.[5]
Kematian
[sunting | sunting sumber]Pada 29 Mei 1978, beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir di Los Angeles, Amerika. Dia dikebumikan di tanah perkuburan Holy Cross Cemetery, Culver City.[6]
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Baginda berkahwin sebanyak kedua kali, ia itu dengan:
- Khalil Sabri; Sepupunya, mereka bercerai selepas 11 bulan.
- Fuad I, Raja Mesir.
Baginda mempunyai empat orang anakanda perempuan dan seorang anakanda lelaki. Anakanda-anakanda adalah seperti berikut:
- Raja Farouk I (11 Februari 1920 - 18 Mac 1965), bapa kepada empat orang anak.
- Fawzia Puteri Mesir (5 November 1921 - 2 Julai 2013), ibu kepada tiga orang anak.
- Faiza Puteri Mesir (8 November 1923 - 6 Jun 1994), tiada keturunan.
- Faika Puteri Mesir (8 Jun 1926 - 7 Januari 1983), ibu kepada empat orang anak.
- Fathia Puteri Mesir (17 Disember 1930 - 10 Disember 1976), ibu kepada tiga orang anak.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ حكاية الأميرة فتحية ورياض غالي.. كلمة السر «نازلي
- ^ Zamalek: The Changing Life of a Cairo Elite, 1850-1945
- ^ The Last Cheetah of Egypt: A Narrative History of Egyptian Royalty from 1805
- ^ 51 معلومة عن «فتحية» و«رياض»: زواج هز عرش مصر
- ^ Kisah Nestapa Permaisuri Nazli Dan Puteri Fathia Dari Mesir
- ^ 25 معلومة عن «أُم الملك فاروق» اعتنقت المسيحية وتزوجت «عرفيًا» وكانت تغار من أسمهان